Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SEDGMAN, FRANK

Sedgman, Frank (1927 ), salah seorang

pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950

hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali

untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis

dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia

menjadi orang Australia yang pertama menjuarai

acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun

1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika,

Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman

lahir di Melbourne.

UMUM
SCAPA FLOW

Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi

oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland.

Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13

kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat

skuadron Armada Utama British semasa Perang

Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang

kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal

yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang

Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan

kapal perang British, Royal Oak , semasa

melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun

1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi

terminal penting untuk saluran paip minyak dari

Laut Utara.

Lihat juga Orkney.

UMUM
PERANG RUSIA-FINLAND

Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia

II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang

sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat

dalam Perang Musim Sejuk dari tahun 1939

hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu Perang

Sambungan berlaku dari tahun 1941 hingga tahun

1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan

tersebut.

UMUM
PIALA DAVIS

Piala Davis ialah sebuah piala perak yang

dihadiahkan setiap tahun kepada negara yang

memenangi kejohanan tenis dunia bagi pemain

lelaki. Pada tahun 1900, kejohanan tenis bermula

apabila Dwight F. Davis, seorang pemain tenis

Amerika yang handal, mendermakan piala ini.

Pertandingan bagi meraih Piala Davis ini

dijalankan secara kalah mati antara 16 negara yang

layak. Satu pertandingan yang berasingan diadakan

bagi negara-negara yang tidak layak.

UMUM
ANTONY, MARK

Antony, Mark (83?30 S.M.) ialah jeneral dan

negarawan Rom yang berkhidmat sebagai pembantu

pemerintah Rom sejak tahun 43 S.M. sehingga dia

meninggal dunia. Antony dan Gaius Octavian

menjadi pembantu pemerintah bersama dengan

Marcus Lepidus selepas kematian pemerintah Rom,

Julius Caesar. Antony kemudiannya mengahwini

Cleopatra, ratu Mesir, dan kedua-duanya

menggabungkan angkatan tentera mereka. Antony

bercita-cita untuk menguasai Rom seorang diri, tetapi

dia kalah dalam Perang Actium pada tahun 31 S.M.

UMUM
SELEMPANG MERAH

SELEMPANG MERAH, kumpulan bersenjata orang Melayu di Batu Pahat, Johor.  Kumpulan ini juga dikenal sebagai Tentera Sabil Selempang Merah dan ditubuhkan selepas tentera Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945.  Kumpulan ini ditubuhkan oleh Haji Salleh bin Abd. Karim yang lebih dikenali di kalangan pengikutnya sebagai Panglima Salleh atau Kiai Salleh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GERAKAN MENENTANG BINTANG TIGA

GERAKAN MENENTANG BINTANG TIGA, gerakan menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan sekutunya Bintang Tiga. Apabila tentera Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, tentera British belum tiba di Tanah Melayu. PKM menerusi pasukan Bintang Tiga, mengambil alih pentadbiran daripada tentera Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MANSUR SAMIN

MANSUR SAMIN (1930 -      ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak.

SASTERATokoh
KARAENG BONTOMARANNUKARAENG BONTOMARANNU (  ?  -1667), dilantik sebagai raja di Bone yang ditakluk oleh Makasar pada tahun 1644. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Semasa Sultan Hasanuddin memerintah Makasar (1653-1669), Karaeng Bontomarannu dilantik sebagai Tumabicara-butta, satu jawatan yang sama tarafnya dengan Bendahara. Semasa Bugis menyerang Makasar pada tahun 1667, Karaeng Bontomarannu memimpin angkatan Makasar menyerang Butung pada bulan November 1666. Karaeng Bontomarannu menyerah diri setelah kalah kepada Cornelis Speelman (komander tentera Syarikat Hindia Timur Belanda), pada tahun 1667. Spellman dan Karaeng Bontomarannu kemudiannya bersahabat lalu dia dibebaskan. Dia kemudian mengambil kesempatan melarikan diri.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ARISTIDES

Aristides (530?468? S.M.) yang dikenali sebagai

Just ialah negarawan dan pemimpin tentera

Athens. Dia adalah pesaing kepada Themistocles,

yang ingin menjadikan Athens sebagai satu kuasa

tentera laut. Aristides berpendapat bahawa

memang baik sekali Athens mengekalkan tentera

darat yang berkuasa berbanding dengan tentera

laut, kerana tentera darat mengalahkan tentera

Parsi dalam pertempuran Marathon pada tahun

490 S.M. Isu antara mereka berdua telah

diputuskan oleh orang ramai pada tahun 482 S.M.

Mengikut adat, orang Athens mengundi sama ada

Aristides atau Themistocles harus dinyahkan

(dibuang negeri). Setiap pengundi menulis salah

satu nama di atas ostrakan (sekeping tembikar).

Aristides kalah undi dan dibuang negeri.

UMUM
1
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Puisi
 

Berjudi kalah lari ke mana,
     Lari ke hutan ke celah rimba;
Abang nak bujang sampai ke mana,
     Kalau tak boleh macam adinda.



Lihat selanjutnya...