Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kala senja mencari kerang, Adik menunggu tidak berbaju; Bila Tsunami datang menyerang; Mangsa kehilangan arah tuju.Pantun Melayu SarawakAgama
Anak kala memanjat pinang, Nampak dari tanah Makkah; Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sejuk bayu di kala senja, Ramah membelai si anak dara; Pujuk rayu makan semeja, Tanah digadai faedah dikira.Pantun Melayu SarawakNasib
Selinsing selinduk, Anak kala memanjat pinang; Inilah cincin sebentuk, Tanda kita mengikat tunang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak bunga di kala subuh, Bunga yang kasa di antara layu; Banyak abang dipandang sungguh, Kanda juga dipandang lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tetak buluh berdesing-desing, Anak kala ada di dalam; Empat puluh pintu berkancing, Anak dara ada di dalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak buluh berdecing-decing, Anak kala di dalamnya; Sepuluh pintu berkancing, Anak dara di dalamnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padang pasir jalan berdebu, Di sana banyak kala bersarang; Orang pandir jangan diganggu, Supaya tidak dicerca orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
 
kala (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, ketika.,

Puisi
 

Selinsing selinduk,
     Anak kala memanjat pinang;
Inilah cincin sebentuk,
     Tanda kita mengikat tunang.



Lihat selanjutnya...