Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
kadangkala, kadang kala, kadang-kala yang manakah betul?kadangkalaEjaan30.10.2014
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan.Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.Ejaan14.12.2017
"kadangkala" dan "adakala" disenaraikan sebagai ejaan yang betul di dalam Kamus Dewan dan Kamus Tatabahasa m/s 74. Namun, mengapakah "kadang kala" dan "ada kala" disenaraikan sebagai padanan untuk terjemahan "sometimes"?
Ejaan yang betul ialah kadangkala dan adakala. Rujukan  utama yang digunakan ialah buku Tatabahasa Dewan. 
Penyemakan dan penterjemahan01.01.2021
kadang kala atau kadangkalakadangkalaEjaan14.09.2011
Adakah perkataan "kadang kala" boleh diletakkan di pangkal ayat? Kadang kala kita berasa sedih tanpa sebarang sebabYa, perkataan kadangkala (satu perkataan) boleh juga digunakan pada pangkal ayat.Tatabahasa08.08.2019
Boleh saya mohon pengesahan untuk pengejaan berikut: 1. kadangkala atau kadang kala 2. adakala atau ada kala 3. adakalanya atau ada kalanya -liyanaEjaan yang betul ialah:
1. kadangkala
2. adakala
3. ada kalanya 
Ejaan01.01.2021
Bagi perkataan yang berakhir dengan -isme, bilakah kita perlu menghurufbesarkannya? Contoh: Konfusianisme Dalam sistem prpm, kadang kala dimulakan dengan huruf besar, kadang kala ia dimulakan dengan huruf kecil, bergantung kepada kamus yang berlainan.Ejaan yang betul ialah konfusianisme sama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan21.06.2012
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera.Lain-lain15.08.2012
adakala atau ada kala? bagaimanakah kita boleh bezakan perkataan itu dijarakkan atau dekat? TQEjaan yang betul ialah "adakala" dirapatkan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 4 dan 7 untuk maklumat yang lebih jelas.Ejaan20.09.2015
kadangkala atau kadang kalakadangkalaEjaan07.06.2013
Tesaurus
 
kala (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, ketika.,

Puisi
 

Selinsing selinduk,
     Anak kala memanjat pinang;
Inilah cincin sebentuk,
     Tanda kita mengikat tunang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...