Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kaki lima tempat bersembang, Tempat orang menjual keledek; Lelaki sekarang berambut panjang, Perempuan pula berambut pendek.Pantun Melayu SarawakBerkait
Kaki melila panjang disepak, Orang mengail di Lubuk Johor; Sudah kubanding muda segak, Hitamlah manis rambutnya kejur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengapa kaki jadi melepuh, Kaki terinjak ke bara panas; Mengapa laki lari menjauh, Bininya galak mentua ganas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Patah kaki patah tangan, Ada tongkat kami berjalan; Walaupun Aceh tinggal kenangan, Kami tinggal menerus perjuangan.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Bagaimana kaki tak kena lumpur, Bila berjalan tidak berkasut; Bagaimana hati tindakkan kotor, Bila perjanjian tidak diikut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila kaki tak baik-baik, Dengan segera carilah ubat; Apabila laki tak balik-balik, Jangan mudah bersangka jahat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila kaki sudah pincang, Turun naik pastilah teruk; Apabila hati sudah bercabang, Kerja yang baik menjadi buruk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila kaki sudah penat, Barang ke mana tidakkan sempat; Apabila hati patah semangat, Sebarang kerja takkan selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila kaki terinjak arang, Banyak sedikit tentulah hitam; Apabila hati banyak meradang, Tidak terhimpit tentulah karam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila kaki terkena duri, Dibawa berjalan terasa nyilu; Apabila hati suka mengiri, Bila berkawan banyak seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Puisi
 

Kaki melila panjang disepak,
     Orang mengail di Lubuk Johor;
Sudah kubanding muda segak,
     Hitamlah manis rambutnya kejur.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...