Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin membuat kaji selidik. Tajuk kaji selidik dalam Bahasa Melayu ialah "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)" Soalan: Saya perlu pandangan penggunaan huruf besar bagi perkataan yang ada singkatan elektronik e- jika di permulaan ayat/tajuk. Adakah:- a) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (E-pembayaran)"; b) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-Pembayaran)"; c) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (E-Pembayaran)"; atau d) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)"? | Jawapan yang betul ialah 'Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)' | Ejaan | 13.07.2020 |
Cikgu, berdasarkan buku Tatabahasa Dewan: Jika kata kerja majmuk diimbuhkan dengan awalan, perkataannya TIDAK perlu dipisahkan atau dijarakkan. Jadi, jika awalan "meN..." diimbuhkan pada perkataan "ulang kaji", akan dijadikan "mengulang kaji" atau "mengulang kaji"? Saya bertanya demikian kerana saya ternampak buku tersebut hanya memberikan contoh awalan "ber..." yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk sahaja perkataan -nya perlu dijarakkan. Tolong berikan contoh awalan yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk yang perkataannya perlu dijarakkan. | Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Mengulangkaji atau mengulang kaji? Ejaan yang manakah betul? | Ejaan yang betul ialah mengulang kaji, sila rujuk kaji">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mengulang+kaji bagi mendapatkan panduan ejaan yang betul. | Ejaan | 16.05.2020 |
Salam, Apakah ayat majmuk yang betul bagi kedua-dua ayat tunggal ini apabila digabungkan? 1. Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah? 2. Suresh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan? Adakah...? 1. Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan? 2. Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau perpustakaan? Yang manakah betul dan apakah alasannya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?".
| Tatabahasa | 22.04.2014 |
Daripada perkataan "kaji", terbit perkataan "mengaji" hasil daripada penggabungan antara kata dasar "kaji" dengan awalan me-, dan huruf pertama k dalam perkataan "kaji" berubah menjadi ng. Saya memahami pembentukan kata terbitan "mengaji". Apa yang tidak saya fahami ialah mengapakah wujud bentuk "mengkaji"? Adakah ini suatu kekecualian dalam tatabahasa? Pada pengetahuan saya, apabila huruf k bergabung dengan awalan me-, huruf k itu pasti berubah menjadi ng, kecuali kata yang dipinjam daripada bahasa lain. Minta tuan jelaskan keadaan ini. | Apabila awalan meN- digabungkan dengan perkataan kaji, huruf pertamanya tidak berubah untuk membentuk perkataan “mengkaji”. Hal ini berlaku kerana terdapat perkataan “mengaji” yang membawa maksud yang berbeza. | Tatabahasa | 23.12.2014 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi istilah "Salary Market Surveys"? Adakah "Tinjauan Pasaran Gaji" atau "Kaji Selidik Pasaran Gaji"? Apakah perbezaan antara perkataan 'tinjauan" dan "kaji selidik"? | Untuk terjemahan yang tepat, mohon saudara hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 03-21424381. Maksud "tinjauan" ialah "perbuatan meninjau", manakala maksud "kaji selidik" pula ialah "kegiatan atau usaha untuk mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan disebabkan sesuatu yang nyata. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2014 |
definisi borang kaji selidik dan definisi comment card | Borang kaji selidik ialah borang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki atau diminta tentang sesuatu perkara. Kad cadangan ialah kad atau borang yang disediakan untuk diisi oleh kumpulan tertentu jika ada sesuatu yang perlu dibaiki misalnya berkaitan sistem perkhidmatan dan sebagainya. | Makna | 12.08.2008 |
Cikgu, jadi "mengulang kaji" atau "mengulangkaji" barulah betul? | Ejaan yang betul ialah mengulang kaji. | Ejaan | 07.05.2014 |
manakah ayat yang betul ? a) Adik bangun daripada tidur. b) Adik bangun dari tidur. c) Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. d) Adik sedang mengulang kaji di dalam bilik bacaan. Terima kasih. | Ayat yang bgramatis ialah Adik bangun daripada tidur dan Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. | Tatabahasa | 02.11.2012 |
salam, Yang mana betul - mengulangkaji atau mengulang kaji. | Ejaan yang betul ialah mengulang kaji. | Ejaan | 28.07.2009 |