Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dari segi Hukum D-M, Yang manakah betul ? (a) Kadet Pandu Puteri Malaysia ATAU Pandu Puteri Kadet Malaysia. (b) Renjer Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Renjer (c) Tunas Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Tunas Sekian, terima kasih. | jawapan yang betul, kadet pandu puteri, renjer pandu puteri, dan tunas pandu puteri | Tatabahasa | 09.11.2007 |
psukan pandu puteri, pengakap, pasukan bulan sabit merah, kadet polis, psukan bomba dan pasukan polis perlu ditulis dalam huruf besar pada huruf pertama? terima kasih | Bulan Sabit Merah ialah sebuah pertubuhan yang khusus dan dieja dengan huruf besar. Pasukan pandu puteri, pengakap, kadet polis, pasukan bomba dan pasukan polis ditulis dengan huruf kecil, kecuali dalam frasa kata nama khas seperti Pandu Puteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kadet Polis SMK Wangsa Melawati, Pasukan Bomba Hang Tuah dan Pasukan Polis Bukit Aman. | Tatabahasa | 30.04.2014 |
1. pakaian seragam pasukan kadet polis sekolah itu kemas nian/sungguh. boleh tolong terangkan perbezaan kegunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut. setahu saya kedua-dua perkataan membawa erti yang sama. 2. kegunaan perkataan "titis" dengan "titik". apakah perbezaannya? | 1. Bergantung kepada kesesuaian ayat dan situasi. 2. Titik dan titis membawa maksud yg sama. Sila rujuk Kamus dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 15.10.2009 |
Penggunaan suku kata khu- untuk perkataan khusyuk. Bolehkah penggunaan khusyuk di gunakan selain untuk perbuatan beribadat. Misalnya dalam petikan dibawah: Pasukan Kadet hendak mencari khazanah khas di hutan. Mereka meneliti peta dengan khusyuk sekali. Terima kasih | Khusyuk bermaksud penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu) dan konteks makna khusyuk tidak khusus kepada perbuatan ibadat sahaja. | Tatabahasa | 29.08.2016 |