Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah kriteria sesuatu ejaan diguna pakai? Kadang-kadang nampak ketidakseragaman ejaan. Contohnya perkhemahan, perkelahan, Ramadan, Hadhari. Apa fungsi huruf 'h' kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Contoh lain Khamis, reda, khas dan lain-lain.Sistem ejaan bahasa Melayu ialah sistem yang pada umumnya berdasarkan kaedah fonemik, iaitu unit-unit bunyi yang berfungsi sahaja yang dilambangkan dengan huruf. Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 324 dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, halaman 1.Ejaan31.08.2009
1. Adakah perkataan 'jarang' boleh digunakan untuk maksud kadang-kadang sedangkan dlm kamus dewan edisi keempat diletakkan tanda,' 3. = jarang-jarang' dan diberi maksud tidak sering, tidak kerap dsb. Saya berpegang bahawa jarang-jarang saja boleh membawa maksud kadang-kadang, betulkah tanggapan saya?Jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, atau tidak lazim. Dalam konteks tertentu, jarang-jarang juga boleh membawa maksud kadang-kadang.Makna10.06.2010
saya keliru dengan jawatan-jawatan yang ada dalam bidang kejuteraan. kadang-kadang saya jumpe mengunakan istilah Ir seperti Ir Abdul Halim. Kadang-kadang saya jumpa Sr seperti Sr Izam Bakar. Apakah makna disebalik istilah Ir dan Sr? Adakah istilah Ir dan Sr diterima dalam bahasa Melayu?Dalam Kamus Dewan edisi keempat, Ir ialah singkatan untuk insinyur yang bermaksud jurutera. Sr. tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, setelah merujuk dalam Internet, Sr adalah daripada perkataan "surveyor" yang bermaksud juruukur. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang perkara ini, tuan boleh merujuk kepada Jabatan Kerja Raya.Makna10.03.2013
Kadang-kadang terdapat surat rasmi yang dimulai dengan ayat "Adalah saya diarah merujuk perkara di atas." Pertanyaan: Adakah betul penggunaan kata pemeri "adalah" di permulaan sesuatu ayat? Jika boleh, apakah panduan yang boleh digunakan dalam memastikan penggunaan "adalah" menepati struktur ayat. Terima kasih.Kata pemeri adalah tidak digunakan pada pangkal ayat. Ayat yang betul ialah Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas.Tatabahasa18.06.2012
kadang-kadang saya keliru bagi menentukan frasa kerja untuk kata kerja tak transitif. boleh tak beri saya tips unutk mengenalpasti FK tak transitif?

Kata kerja tak tarnsitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya, seperti dalam ayat Ayah tersenyum. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, seperti dalam contoh ayat: Mereka tidak berbuat jahat - unsur pelengkap ini bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan; sementara yang lain pula tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Saudara perlu merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88 dan 387.

Tatabahasa24.03.2011
Adakah semua perkataan Melayu yang dieja pada hujungnya huruf "a" berbunyi "e" ? Contoh: Musa, Isa, Putra Jaya, Juta, Minda, Liga, Merdeka, Malaysia, Korea, Cuba (nama negara) dan banyak lagi. Saya sering mendengar berita radio yang kadang-kadang disebut "a" dan kadang-kadang disebut "e".Bunyi dan sebutan "a" a yang betul bagi perkataan yang hujung hurufnya "a" dan bukannya berbunyi "e". Bagaimanapun bagi stesen radio dan penyiaran di Malaysia, sebutan bagi perkataan pinjaman hendaklah sebutan baku dan bagi perkataan lain ialah Johor-Riau. Harap maklum.Lain-lain18.09.2007
1. Adakah perkataan 'jarang' boleh dimaksudkan sebagai 'kadang-kadang'? 2. -menceritakan tentang/mendoakan agar dianggap salah kerana KKTransitif perlu diikuti dengan objek. Bagaimana dgn ayat seperti yg berikut: mencadangkan supaya/menyatakan bahawa/memaklumkan bahawa? 3. Bolehkan 'ia' dirujuk kepada haiwan, sedangkan tiada dinyatakan dalam Kamus Dewan, 'ia' boleh digunakan utk haiwan?

1. Perkataan jarang juga bermaksud  kadang-kadang kerana terdapat persamaan makna antara kedua-dua perkataan tersebut, iaitu tidak kerap.

2. Kata kerja transitif diikuti oleh objek, seperti dalam ayat "Dia memaklumkan bahawa murid itu telah pulang" - bahawa murid itu telah pulang merupakan objek kepada kata kerja transitif memaklumkan dan ayat bahawa murid itu telah pulang seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif itu.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.   

3. Ia selain kata ganti nama diri ketiga juga kata ganti benda yang dibicarakan. Merujuk makna yang tersebut ia boleh digunakan untuk benda yang dibicarakan termasuklah binatang.

Tatabahasa11.06.2010
Salam sejahtera, saya kadang-kadang mempunyai masalah membezakan penggunaan ke, pada, kepada, dari dan daripada. Diharap saya boleh mendapatkan penerangan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih

Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contoh:

i. Angin bertiup kencang dari arah selatan
ii. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi
iii.Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.


Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. Wang itu ada pada ibu.

Tatabahasa20.01.2013
SAYA SANGAT BERMINAT UNTUK MENJADI PENULIS, TAPI SAYA KADANG-KADANG TIDAK DAPAT MEMBAHAGIKAN MASA BELAJAR DENGAN MINAT INI.KEPADA DBP, SAYA SANGAT MENGHARAPKAN NASIHAT DAN PANDUAN DARI ANDA BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENULIS YANG MAHIR?

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain17.04.2009
Harap maaf . Ini merupakan cadangan atau permintaan . Saya kadang-kadang mengalami masalah mendapatkan simpulan bahasa/peribahasa yang sesuai semasa membuat terjemahan kerana kamus yang ada hanya dapat membantu jika kita inginkan makna sesuatu peribahasa. saya ingin mencadangkan supaya diadakan senarai peribahasa/simpulan bahasa mengikut kata kunci dari segi maksud atau maknanya. Saya rasa ini juga dapat membantu dalam kerja-kerja kajian. Harap permintaan ini dapat di pertimbangkan. Terima kasih.Berhubung dengan cadangan saudara tersebut, sila layari laman web DBP http://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan kata kunci peribahasa pada ruang carian spesifik.Lain-lain10.02.2009
Tesaurus
 
kadang
Kata Terbitan : kadang-kadang,