Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Anak musang ---- tangan Amran sehingga berdarah. A memamah B memagut C menggerit. 1 E lakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR . 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Pilih ayat yang menggunakan perkataan KABUR dengan betul. | A. Ketiga-tiga pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai. Dicadangkan: Anak musang menggigit tangan Amran sehingga berdarah. B. 1 Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR. 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Untuk ayat 1 dan 2, perkataan kabur boleh digunakan. Untuk ayat 3 dan 4, tidak sesuai digunakan. Untuk ayat 3, perkataan kabur perlu ditukarkan kepada tidak jelas. Manakala untuk ayat 4, perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan kabur ialah mendung.
| Lain-lain | 06.09.2015 |
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur) | Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.08.2010 |
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih. | 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya. Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 23.06.2008 |
Silau I Silau II | Silau I - Kabur mata (kerana kena cahaya yg. sangat terang) Silau II - Menyilau - memandang (sesuatu yg. jauh), meninjau | Makna | 18.03.2007 |
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Saya sedang menulis tesis dalam bahasa melayu diperingkat PhD dalam jurusan kejuruteraan elekktrik di UKM. Pertanyaan saya ialah mengenai satu pendekatan "Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS)". Saya terjemahkannya sebagai "Sistem Taabir Kabur Neuro Adaptif", adakah boleh diterima atau ada cadangan lain dari pihak tuan/puan. Sekian | Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS). Walau bagaimanapun, kami ada istilah untuk Neuro Fuzzy (Neural Kabur), Adaptive (Ubah Suai) dan Inference (Inferen). Oleh itu, istilah yang kami cadangkan ialah Sistem Inferen Neural Kabur Ubah Suai. | Istilah | 20.04.2011 |
assalamualaikum, Saya mempunyai kemusykilan tentang kata pemeri iaitu penggunaan ialah dan adalah.Walaupun telah merujuk Tatabahasa Dewan namun masih kabur. 1.Apakah jawapan bagi: Salina (ialah/adalah) kawan baik saya. 2.Adakah penggunaan kata ganti nama (orang) semestinya diikuti atau digandingkan dengan IALAH? 3.Saya berharap tuan dapat memberikan formula yang mudah agar saya dapat membezakan penggunaan kedua-dua perkataan. Terima kasih.Assalamualaikum. | 1. Salina ialah kawan baik saya. 2.Kata ganti nama (orang) tidak semestinya diikuti atau digandingkan dengan IALAH. 3. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya Pengetua SMK Kajang ialah Encik Ahmad, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya Baju yang dipakai adik adalah merah, Kursus ini adalah untuk menambahkan pengetahuan. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
bagaimanakah cara untuk saya mempersembahkan karya saya seperti sajak dan sebagainya? | Dalam hal ini soalan sdr amat tidak jelas atau kabur. Maksud saya mempersembahkan sajak untuk apa? Adakah untuk persembahan deklamasi di pentas atau persembahan untuk media cetak/elektronik? Harap dapat jelaskan. Terima kasih dan salam. | Lain-lain | 08.09.2008 |
SIAPAKAH YANG MEMULAKAN BAHASA MELAYU , ADAKAH IANYA SEBELUM ZAMAN NABI ATAU KETIKA ZAMAN PURBA | Asal usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang juga merupakan peradaban Asia Timur sejak sepuluh ribu tahun silam. | Lain-lain | 24.08.2023 |
Apakah beza DEfinisi dan definasi? wujudkah istilah dalam BM definasi walhal KAmus DEwan tidak menyebutnya... Knapa fenomena 'definasi' semakin banyk digunakan jika kesahihan penggunaannya yang kabur sumbernya.. | Perkataan yang betul ialah definisi, iaitu terjemahan daripada definition. Perkataan difinasi dianggap salah dan penggunaanya di dalam teks tidak gramatis. Kini penggunaan definisi semakin mantap dan perkataan definasi telah diketahui oleh umum sebagai tidak gramatis. | Tatabahasa | 25.09.2012 |
maksud kekaburan identiti | Dalam data rujukan kami, tiada maksud khusus bagi kekaburan identiti. Walau bagaimanapun, dalam Kamus Dewan Edisi Empat, kekaburan bermaksud perihal atau keadaan kabur. Manakala identiti bermaksud 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yang dapat menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yang tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yang dapat melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yang lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia. | Makna | 12.12.2013 |