Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud berkabung

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berkabung ialah memakai kabung sebagai tanda berdukacita atau memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita.

Makna11.07.2009
Bolehkah kami menggunakan padanan nira sahaja bagi sap dalam ayat di bawah ini? Gula kabung hendaklah merupakan produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata. Jika kami menggunakan perkataan sap sahaja pula, adakah maksudnya akan tercapai?Untuk makluman maksud nira berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah air yang disadap dari mayang kelapa atau enau (boleh dibuat gula, tuak) dan perkataan ini boleh digunakan sekiranya membawa maksud yang hendak disampaikan, manakala sap pula ada pada data Istilah Bahasa Melayu dalam bidang perubatan tetapi tiada huraiannya dan beberapa bidang lain. Kami mencadangkan pihak puan melayari laman web https://prpm.dbp.gov.my/ untuk membuat rujukan lanjut.Makna18.06.2021
Dalam ayat di bawah ini perkataan "sap" telah dipadankan sebagai "nira". Melalui semakan kami terdapat padanan "sap" dalam bahasa Melayu iaitu "sap". Jika kami menggunakan padanan sap tersebut dalam ayat di bawah ini adakah betul dari sudut konteksnya: 127. (1) Gula kabung shall be the sugary product made from the sap of the male inflorescence of the palm Arenga pinnata. 127. Gula kabung hendaklah merupakan produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata.Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan sap membawa maksud juice, fluid circulating through plant, sap. Sap juga mempunyai padanan dalam istilah bahasa Melayu dalam bidang Perubatan. Oleh itu, perkataan sap boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks penulisan.

Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ayat tersebut diolah kepada Gula kabung ialah produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata.
Istilah04.06.2021
Pengertian/Definasi Ulit Mayang dari segi bahasa.Makna bagi perkataan ulit dari segi bahasa ialah bernyanyi utk menidurkan anak, berdondang utk menidurkan anak. Makna lain bagi perkataan ini ialah tidak mudah (membayar hutang dll), liat. Maksud bagi perkataan mayang pula ialah bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP untuk rujukan lanjut. Harap maklum.Makna12.09.2007
1
Tesaurus
 
kabung
Kata Terbitan : berkabung, perkabungan,