Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KASTIL

Kastil ialah tempat kediaman dan kubu kuat

seseorang tuan tanah feudal pada Zaman

Pertengahan. Perkataan kastil (castle) berasal

daripada perkataan Latin castellum, yang

bermaksud kubu. Justeru, ada sesetengah kastil

dikenali sebagai kubu.

UMUM
QADHAFI, MUAMMAR MUHAMMAD AL-

Qadhafi, Muammar Muhammad al- ( 1361

H. /1942 M. ) ialah Presiden Republik Arab

Libya. Dia adalah pemimpin Revolusi September

1969 yang menggulingkan pemerintahan beraja di

Libya. Al-Qadhafi lahir di daerah Sirt dan daripada

keluarga petani dan pengembala. Justeru, dia

dibesarkan dalam keadaan yang daif. Dia lulus

dari maktab tentera pada tahun 1965 dengan

pangkat leftenan. Dia dihantar ke Britain untuk

menyambung pelajaran dalam Akademi Tentera

Diraja St Hurst.

UMUM
PERANG SARAF

Perang saraf menggunakan propaganda untuk

mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh

digunakan sebelum perang untuk mencegah

meletusnya peperangan ataupun semasa perang

untuk memenanginya. Sesebuah negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

negara musuh bahawa mereka tidak akan menang

jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan

tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

pasukan tentera musuh bahawa perjuangan

mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk

melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin.

Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh

untuk berperang.

UMUM
BOLIVIA

Bolivia ialah negara yang terletak berhampiran

dengan bahagian tengah Amerika Selatan. Ia tidak

mempunyai pantai dan justeru itu, ia berhadapan

dengan sekatan pengangkutan yang semula jadi. Di

barat Bolivia, tersergam Pergunungan Andes yang

hebat dan agung, berlitup an salji, mengelilingi

sebuah penara yang tinggi lagi kering. Sebuah

dataran tanah pamah yang luas, meliputi kawasan

utara dan timur Bolivia. Hutan hujan tropika

tumbuh subur di bahagian utara dataran itu, dan

padang rumput dan paya berselerak merentasi

sebahagian besar kawasan timur. Sebahagian

besar bukit bukau terletak di antara pergunungan

Andes dan dataran tanah pamah ini.

UMUM
MAARRIY, ABU AL-ALA AL-

Maarriy, Abu al-Ala al- (363 H.449 H./973 M.

1057 M.), penyair Arab. Nama penuhnya ialah

Ahmad ibn Abdullah ibn Sulayman ibn Muhammad

ibn Sulayman al-Maarriy al-Tanukhiy. Salasiah

datuknya berakhir pada al-Numan ibn Adiy. Nama

panggilannya Abu al-Ala dan dia menggelarkan

dirinya Rahin al-Muhbisin (tawanan penjara).

Muhbis yang dimaksudkan kerana dia hilang

penglihatan, justeru dia mengurungkan diri di

dalam rumah dan mengasingkan diri daripada

masyarakat. Dia lahir di Maarrah al-Numan, Syam,

yang menurut sesetengah ahli sejarah dinisbahkan

kepada al-Numan ibn Adiy.

UMUM
MUWAHHIDUN, KERAJAAN

Muwahhidun, Kerajaan (515 H. 674 H./1121

M. 1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah

Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn

Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan

Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka

bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh

digambarkan dengan pancaindera, Allah

mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran

untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata.

Orang yang menyokong konsep menyerupakan

dan menjasadkan Allah menganggap orang

Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan

mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun

sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan

bahawa merekalah sahaja yang benar-benar

beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah

dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya

dengan makhluk.

UMUM
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824)

Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Perjanjian antara British dengan Belanda bagi

menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-

duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan

Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan

pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil

oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan

timbulnya pertelagahan antara British dengan

Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan

akan membawa kepada peperangan terbuka.

Suasana politik di Eropah ketika itu juga

menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan

penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini

dimeterai.

UMUM
BAHASA PERTAMA

BAHASA PERTAMA, bahasa ibunda dan bahasa yang mula-mula diperoleh oleh kanak-kanak daripada masyarakatnya, secara semula jadi. Proses pemerolehan ini dibantu oleh bahasa interaksi kanak-kanak berkenaan dengan orang dewasa dalam persekitarannya. Justeru, pada peringkat umur empat hingga lima tahun, seseorang kanak-kanak dapat menguasai kebanyakan daripada struktur bahasa pertamanya.

BAHASABahasa
SANDAKAN

SANDAKAN, ibu negeri yang pertama bagi Sabah.  Nama Sandakan berasal daripada bahasa suku Suluk, iaitu Sanda yang bermaksud sandar atau gadai.  Mengikut cerita tempatan, pada masa awal penubuhan Sandakan terdapat sebuah kedai tempat penduduk tempatan boleh menyandarkan barangan mereka untuk mendapatkan wang.  Justeru itu, Sandakan lebih dikenal sebagai tempat untuk sandarkan barang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TARIAN KENYAH

TARIAN KENYAH, tarian suku kaum Kenyah di Sarawak. Kebanyakan suku kaum Kenyah terdapat di kawasan Telang Usan, Baram, Balui dan Belaga. Suku kaum ini juga amat erat hubungan budayanya dengan suku kaum Kayan. Seperti juga kaum Kayan, masyarakat Kenyah  dikenali justeru tarian tradisionalnya yang unik dan pelbagai jenis. Kebanyakan daripada tarian ini lemah gemalai dan menarik.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
Tesaurus
 
justeru (kata tugas)
1. Bersinonim dengan senyampang: oleh itu, terlanjurkan, kebetulan, tepat, kena benar,

2. Bersinonim dengan malahan: bahkan, lebih-lebih lagi.,