Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah kata ganda bagi perkataan "jurulatih"? Adakah ia disebut sebagai "jurulatih-jurulatih" atau "juru-juru latih"? Mohon penjelasan. Terima kasih.Jurulatih-jurulatih.Ejaan30.05.2014
sila semak...1. jurutulis atau juru tulis 2. jurutera atau juru tera 3. jururawat atau juru rawat ....begitu juga perkataan lain, bagaimanakah hendak kita tahu yang mana perlu dijarakkan dan yang mana perlu dirapatkan?Jawapan yang betul ialah jurutulis, jurutera, jururawat. Perkataan yang perlu dijarakkan ialah perkataan yang ada makna dan boleh berdiri sendiri. Selain daripada perkataan perlulah dirapatkan. Harap maklumTatabahasa05.08.2007
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan penggunaan yang tepat untuk jawatan Consultant dalam Bahasa Melayu samada Juru Perunding, Juruperunding, Juru Runding atau Jururunding? Untuk makluman, saya bekerja sebagai Consultant di salah sebuah agensi kerajaan. Saya mempunyai kesulitan untuk menterjemah jawatan berkenaan menggunakan Bahasa Melayu. Terima kasihPadanan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi "consultant" ialah "jururunding", "perunding" atau "pakar runding".Istilah28.09.2022
Selamat sejahtera. Adakah perkataan 'jurutera' merupakan gabungan imbuhan dan akronim iaitu 'juru' + 'jentera'? Sebahagian pelajar subjek bahasa Melayu berpendapat bahawa 'tera' ialah morfem terikat dan digabungkan dengan imbuhan 'juru'. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.Jurutera ialah kata terbitan daripada awalan juru + jentera, namun mengalami pengguguran suku kata "jen" dan terhasillah jurutera. Bagaimanpun jika ada pandangan lain dan disertakan dengan dapatan ilmiah maka bolehlah dikemukakan kepada pihak yang lebih pakar untuk diperhalusi atau dikemukakan dalam seminar untuk perbincangan yang lebih tuntas.Tatabahasa14.03.2017
Yang mana betul, JURU RUNDING atau JURURUNDING atau JURU-RUNDING. Yang mana lebih baik, JURURUNDING atau JURUPERUNDING

Sdr. Ngadirah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan yang betul ialah jururunding. Ejaan ini sama juga bagi jururawat, juruukur dan jurukimpal. terima kasih.

Ejaan28.12.2009
Bolehkah pihak dbp membuat senarai pekerjaan yang bermula dengan juru? Terima kasih.Senarai pekerjaan yang bermula dengan juru adalah seperti yang berikut:

JURUTERA, JURUSELAM, JURUHIAS, JURURAWAT, JURUKAMERA, JURULATIH, JURUUKUR, JURUKIMPAL, JURUWANG,  JURUTAFSIR, JURUULAS,  JURUUKUR, JURUTEKNIK, JURUFOTO, JURUNILAI, JURUHEBAH, JURUTERBANG dan lain-lain yang bersesuai.
Lain-lain14.04.2019
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perkataan lain yang sesuai digunakan menggantikan perkataan pembantai; Juru Sembelih atau Tukang Sembelih, atau ada lagi perkataan lain yang sesuai digunakanWaalaikumsalam.
1. Pembantai = orang yang menyembelih atau tukang sembelih.
2. Juru = orang yang mempunyai kepakaran khas dalam sesuatu bidang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa30.09.2014
Apakah ejaan yang betul? sama ada Juru Arah atau Juruarah - merujuk kepada bahasa inggeris 'directing staff'.Ejaan yang betul ialah Juruarah.Lain-lain17.06.2010
Ejaan yang betul untuk Jawatan Jurukur Bahan/ Juru Ukur BahanEjaan yang betul ialah Juruukur Bahan.Ejaan31.10.2021
Dalam ingin dapatkan kepastian tentang penggunaan perkataan juru dan pe seperti perunding dan jururunding. Yang mana sesuai digunakan untuk merujuk kepada suatu organisasi yang memberi khidmat nasihat kepakaran teknikal.Perkataan yang digunakan ialah perunding atau pakar runding.Istilah10.04.2008
Tesaurus
 
juru
Rujuk :ahli