Kata |
Takrif |
Sumber |
jinjang | 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja; pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja; berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin (ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersambutan | 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat-menyurat | 1 hal mengenai tulis-menulis surat; hal mengenai karang-mengarang surat: kerani ~. 2 saling berkirim surat: Telah banyak ~ antara mereka, akhirnya mereka ke jinjang pelamin jua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sambut | ; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll): mereka berpantun ~; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung; sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah diberikannya sbg salam ~; penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat | 1 kertas yg berisi tulisan; kertas yg bertulis: Segala ~ perjanjian itu disimpannya di dlm sebuah peti. 2 = ~ kiriman kertas yg berisi berita dll dan dikirim kpd orang lain: Pagi tadi saya telah menerima sepucuk ~ drpd sahabat saya di Jerantut. ~ beranak (jadi, lahir) surat yg berisi keterangan ttg kelahiran seseorang. ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan supaya tidak hilang. ~ buta (layang, terbang) surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya bertujuan utk mengecam dsb). ~ doktor surat drpd doktor yg menyatakan bahawa seseorang itu sakit dan tidak dpt bekerja. ~ edaran (keliling, pekeliling) surat yg diedarkan kpd orang ramai utk memberitahukan sesuatu. ~ gadai surat tanda meminjam wang dgn menggadaikan barang. ~ izin (kebenaran) surat yg menyatakan bahawa pemegangnya dibenarkan melakukan sesuatu. ~ jemputan (undangan) surat utk mengundang orang datang menghadiri sesuatu majlis dsb. ~ kahwin (nikah) surat yg menandakan bahawa sesuatu kelamin itu telah berkahwin dgn sah. ~ keterangan surat yg berisi keterangan mengenai sesuatu. ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd seseorang utk melakukan atau utk mewarisi sesuatu. ~ mati surat yg mengesahkan kematian seseorang. ~ perjanjian surat yg berisi butir-butir perjanjian yg telah dibuat. ~ permintaan (permohonan) surat utk meminta atau utk memohon sesuatu. ~ pujian (puji-pujian) surat yg berisi puji-pujian ttg sesuatu. ~ rayuan surat utk merayu ttg sesuatu. ~ salinan surat yg disalin drpd surat asal. ~ saman surat yg menuntut seseorang hadir di mahkamah utk dibicarakan. ~ sumpah a. surat yg dikeluarkan oleh kerajaan utk mengganti surat beranak. b. surat yg menandakan bahawa seseorang itu telah mengangkat sumpah. ~ terbuka a. surat yg tidak bersampul. b. surat yg disiarkan di akhbar-akhbar. ~ wakil surat yg membolehkan pembawanya bertindak sbg wakil kpd orang yg mengeluarkan surat itu. ~ wasiat surat yg menyatakan bagaimana dan kpd siapa seseorang itu mahu hartanya dibahagi-bahagikan setelah ia mati. bersurat 1 ada suratnya; memakai atau menggunakan surat: jemputan ~ jemputan yg dibuat melalui surat. 2 ada tulisan di atasnya; bertulis: batu ~. menyurat 1 membuat surat; menulis surat: Dia telah mengambil upah ~. 2 membuat tulisan; menulis. surat-menyurat 1 hal mengenai tulis-menulis surat; hal mengenai karang-mengarang surat: kerani ~. 2 saling berkirim surat: Telah banyak ~ antara mereka, akhirnya mereka ke jinjang pelamin jua. menyurati menulis atau mengirim surat kpd: Setiap bulan, saya ~ ibu di kampung. menyuratkan 1 menulis atau mencatat sesuatu dlm bentuk surat. 2 ki menentukan terlebih dahulu; mentakdirkan: Tuhan yg ~ hidup kita begini. tersurat 1 telah ditulis atau disuratkan; tertulis: Kita hendaklah memahami apa-apa yg ~ dlm surat perjanjian itu. 2 sudah ditakdirkan: Sudah ~ agaknya bahawa engkau akan menjadi pembesar negara. suratan 1 apa-apa yg disuratkan; tulisan. 2 = ~ takdir sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan; takdir; nasib. persuratan hal-hal bersurat; hasil drpd tulis-menulis: Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah pasti akan tercatat dlm sejarah ~ Melayu. penyuratan hal (perbuatan dsb) menyurat atau menyuratkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
malanjang | leher jinjang atau tinggi -ganti nama bagi rusa dan hantu galah supaya terindar dari badi | - | - | - | - | - | Taboo | Iranun |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
jinjang | mengipin (-buya to) [meipin]; melulil (a-, piyeng mana-mana tan) [melulil] | Melanau Dalat | |
bayoh | jinjang | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
jinjang | [jin.jang] | جينجڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata jinjang |
|
|