Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ARITMETIK

Aritmetik memberi jawapan kepada soalan

seperti Berapa banyak? Berapakah harganya?

dan Berapa jauh? Ia membantu kita mendapatkan

cara yang ringkas dan mudah untuk

menyelesaikan masalah dengan nombor.

Aritmetik kadangkala disebut sains nombor dan

seni pengiraan. Ia membentuk satu cabang

penting matematik (lihat Matematik ).

UMUM
SAINS POLITIK

Sains politik ialah kajian sistematik tentang

kehidupan politik. Ahli sains politik mencari

jawapan kepada soalan seperti Atas dasar apakah

yang mewajarkan tindakan kerajaan? dan Untuk

kepentingan siapakah kerajaan bertindak? Mereka

mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti

politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan,

pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan

perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti

individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan

asas manusia. Sains politik adalah berhubung

dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan,

keadilan, dan kuasa.

UMUM
PERTARUHAN

Pertaruhan ialah tagan atau sesuatu yang

dijadikan cagaran berisiko kerana keputusan dalam

suatu kejadian atau jawapan terhadap sesuatu

pertanyaan.

UMUM
PAPAN OUIJA

Papan Ouija ialah peranti yang kononnya

digunakan untuk bertanya kepada roh si mati dan

menerima jawapan daripadanya.

UMUM
AYAT PENYATA

Ayat penyata ialah ayat yang memberikan maklumat, menyatakan fakta atau memberikan jawapan.

BAHASAKonsep
ORDER IN COUNCIL

Order in Council. Dekri yang dikeluarkan oleh

kerajaan British apabila perkara yang amat penting

melanda negara dikenali sebagai Order in Council.

Ia mendapat nama tersebut kerana ia diisytiharkan

atas nasihat Majlis Privi. Pada tahun 1807, Great

Britain mengeluarkan Order in Council sebagai

jawapan kepada ancaman Napoleon untuk

menyekat empayar kepulauan. Dengan order ini,

kapal-kapal British menyekat pantai Eropah dan

menahan kapal perdagangan yang berkecuali

daripada memasuki pelabuhan Eropah yang

terletak di bawah kekuasaan Napoleon.

Lihat juga Majlis Privi.

UMUM
BINGKISAN MELAYU

BINGKISAN MELAYU,  buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952.  Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul Persuratan Melayu dikarang oleh Mansor bin Sanusi.  Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan.  Bingkisan Melayu diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura.  Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali.

BAHASAKitab
TEKA SILANG KATA

Teka silang kata ialah permainan kata yang

popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah

segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau

klu bernombor biasanya dicetak berhampiran

dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk

menjawab klu dengan kata yang bersilang

melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain

menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat

sama yang kosong pada nombor yang sepadan

dengan nombor klu.

UMUM
ASTRONOMI

Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah

ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda-

benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli-

ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan

dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas.

Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada

kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka

cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti

Apakah rencaman bintang-bintang? dan

Bagaimanakah bintang mendapat cahaya. Oleh

sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga

dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang

mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku

di angkasa lepas.

UMUM
SURAH AL-RAHMAN

Surah al-Rahman ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan

surah-surah al-Quran dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha

Pemurah), kerana permulaannya menerangkan

hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan

kepada sendaan orang kafir Makkah ketika

diturunkan ayat berikut yang bermaksud:

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang

musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman

(Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya:

Dan siapakah al-Rahman itu?.

(Surah al-Furqan 25:60)

UMUM
1
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,