Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
JARAKUMUM
MINYAK JARAK

Minyak jarak ialah minyak tidak berwarna yang

digunakan sebagai julap. Minyak yang baru adalah

jernih dan melekit. Minyak jarak merengsakan

dinding usus dan menyebabkannya berfungsi. Jika

digunakan terlalu kerap, ia boleh menyebabkan

sembelit. Minyak jarak digunakan sebagai ubat,

tetapi banyak proses perindustrian menggunakan

kebanyakan bekalan minyak ini.

UMUM
TAHUN CAHAYA

Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan

oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di

antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam

satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya

bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu

saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan

9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang

terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam

perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya

terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi

adalah tersangat luas hinggakan bintang yang

paling hampir dengan bumi selain dari matahari

ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang

(Bintang di dalam alam semesta).

UMUM
ANJAKAN MERAH

Anjakan merah ialah anjakan jarak gelombang

cahaya yang dipancarkan oleh objek kosmos ke

arah jarak gelombang yang lebih panjang (merah)

pada spektrum objek tersebut.

UMUM
PERLUMBAAN LEBUH RAYAAcara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
MORTAR

Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang

digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang

terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar

menembak peluru pada lengkungan yang luas

dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia

mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras

yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih

rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar

adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai

kuasa tembakan yang tinggi.

UMUM
MERENTAS DESA

Merentas desa ialah perlumbaan jarak jauh.

Tidak seperti perlumbaan trek dan padang,

pertandingan merentas desa tidak dijalankan di

atas trek. Pelumba biasanya berlumba merentasi

padang atau padang golf dan sering kali juga

melalui hutan dan bukit.

UMUM
DIAMETER

Diameter, dalam geometri ialah jarak satu garis

lurus segmen yang merentas di tengah-tengah

bulatan atau sfera, dan mencecah sempadan rajah

pada titik bertentangan. Diameter juga nama untuk

garisan segmen.

UMUM
SEKSTAN

Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak

sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari

dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan

untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini

dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang

satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai

sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang

bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan

yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan

satu teleskop kecil.

UMUM
KILOMETER

Kilometer ialah unit jarak dalam sistem metrik.

Simbolnya ialah km.

UMUM
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.



Lihat selanjutnya...