Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
coherence lengthJarak berkesan sebarang gangguan setempat yang dapat tersebar dalam bahan superkonduktor. Jarak ini merupakan dimensi untuk pasangan elektron yang dikenali sebagai pasangan Cooper. Jarak ini adalah dalam julat 2 nm - 10(2) nm.
scattering lengthJarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser.
Stokes lineGaris spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada sinaran yang menguja. Pengurangan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis anti-Stokes.
anti-Stokes lineGaris spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis anti-Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada sinaran yang menguja. Peningkatan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis Stokes.
fluorescenceLuminans yang kebanyakannya berlaku pada julat cahaya tampak bagi bahan tertentu tanpa melibatkan tenaga haba. Fenomena ini berlaku apabila sinaran elektromagnet jarak gelombang pendek seperti sinaran ultralembayung diserap oleh molekul dan teruja, seterusnya memancarkan sinaran dengan jarak gelombang yang lebih panjang. Lebihan tenaga serapan diubah kepada haba. Pendarfluor ialah nama yang diberikan sempena nama galian fluorit, yang terdiri daripada kalsium fluorit yang mempamerkan fenomena tersebut.
graphiteAlotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron.
Rayleigh scatteringProses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang.
characteristic lengthJarak atau saiz sesuatu struktur yang membezakan ciri suatu bahan sama ada bersifat pukal atau bersifat nanozarah. Contohnya, emas berwarna kuning dalam saiz pukal dan berwarna merah dalam saiz nano.
Bremsstrahlung isochromat spectroscopy (BIS)Spektroskopi yang menggunakan sinaran Bremsstrahlung pada jarak gelombang yang tertentu untuk mengukur tenaga pengionan atom atau ion molekul yang dikelilingi persekitaran kekisi. Sinaran Bremsstrahlung dipancarkan apabila elektron dipecut dan berlanggar dengan nukleus.
entanglementKeadaan zarah kuantum seperti elektron, foton atau kubit berinteraksi dalam bentuk pasangan tanpa mengira jarak pemisahan antara mereka. Sekiranya berlaku perubahan keadaan suatu zarah kuantum, keadaan kuantum pasangannya juga akan berubah. Contohnya, keterlibatan antara kubit dalam sistem pengkomputan kuantum.
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.



Lihat selanjutnya...