Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah makna jarak-jarak? bolehkah tuan beri beberapa contoh ayat ?Perkataan jarak-jarak merupakan istilah yang digunakan dalam bidang komunikasi. Istiah sumber perkataan jarak-jarak ialah drive -out (space-out).Tatabahasa03.10.2013
"Apakah maksud perkataan "jarak-jarak" dalam kata ganda? Tolong jelaskan. Terima kasih."Dalam PRPM, perkataan "jarak-jarak" dikategorikan sebagai istilah dalam bidang Komunikasi yang kata sumbernya ialah drive-out (space-out). Merujuk kepada Kamus Inggeris Melayu DBP, kata space-out bermaksud "menjarakkan".Makna04.10.2013
padang jarak padang tekukur? apakah maksud peribahasa ini? apakah itu padang jarak? di letaknya padang jarak? dan apa pula maksud padang tekukur?Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat lanjut berkaitan bidalan ini. Kedua-dua frasa 'padang jarak' dan 'padang tekukur' atau keseluruhan frasa 'padang jarak padang tekukur' bermaksud kawasan yang luas yang ditinggalkan.Tatabahasa10.02.2011
jarak imbuhan `di` dan `ke` selalu menimbulkan masalah penggunaannya, mohon pihak tuan memberi tips mudah bagi penggunaan imbuhan tersebut ? terima kasih

"di" yang berfungsi sebagai imbuhan perlu dieja rapat. Contoh: dimakan, disepak,disediakan, dll, manakala "di" yang berfungsi sebagai kata sendi nama yang menunjukkan tempat perlu dijarakan. Contoh: di atas meja, di sekolah, di pejabat, dll.   Begitu juga kata sendi nama "ke" yang menunjukkan tempat, atau arah, waktu atau masa perlu dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa yang mengikutinya. Contoh: ke arah selatan, ke kuantan, dari pagi ke petang, dll. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.

Tatabahasa12.07.2009
As salam, Saya ingin tahu cara menulis elipsis dengan betul.Perlukah ada jarak sebelum dan selepas tanda elipsis. contohnya, yang mana antara berikut yang betul? A. Saya ... agak keliru. (Jarak sebelum dan selepas elipsis) B. Saya...agak keliru. (Tiada jarak) C. Saya ...agak keliru. (Jarak sebelum elipsis) D. Saya... agak keliru. (Jarak selepas elipsis) Terima kasih.Alaikumussalam.  Cara penulisan elipsis untuk konteks ayat yang dijadikan contoh ialah kaedah A, iaitu perlu ada jarak sebelum dan selepas:  Saya ... agak keliru.Lain-lain08.01.2015
ataupun (jarak atau dekat) telahpun (jarak atau dekat) analisa atau analisis? dari (tempat atau orang?) daripada (tempat atau orang?)

1. Pertikel "pun" secara umumnya ditulis terpisah daripada kata sebelumnya kecuali untuk kata tugas berikut: adapun,andaipun,biarpun,kendatipun,mahupun,sekalipun,walaupun,ataupun,bagaimanapun,

kalaupun,lagipun,meskipun dan sungguhpun. Jadi, "ataupun" dieja secara bercantum, manakala "telah pun" dieja secara terpisah.



2. Analisis, analisa ejaan lama.



3. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.









 

Tatabahasa08.04.2013
Salam sejahtera, menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama antara digunakan untuk merujuk lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Adakah ini bermakna sekiranya saya ingin merujuk sesuatu yang mempunyai lingkungan ruang atau jarak, antara perlu dihadiri dengan di, yakni di antara? Bagaimanakah penggunaannya dalam konteks jarak yang terdiri daripada 2 objek dengan jarak yang terdiri daripada 3 objek? Contohnya, Jarak antara/di antara rumah Ali dan/dengan sekolahnya ialah 5km. [konteks ini melibatkan dua objek, yakni Ali (objek 1) dan sekolah Ali (objek 2)]. Bagaimanakah sekiranya lingkungan jarak tersebut melibatkan tiga objek? Mutu berdiri antara/di antara Shami dengan Ahmad. [Dalam konteks ini, terdapat tiga objek, yakni, Shami (objek 1), Mutu (objek 2) dan Ahmad (objek 3)] Adakah antara mesti berpasangan dengan kata hubung dan manakala di antara perlu berpasangan dengan kata sendi dengan? Apakah jawapan yang betul? Mohon beri tunjuk ajar.Jika mempunyai ruang atau jarak, gunakan di antara, termasuk objek yang melebihi satu. Masukkan tanda koma bagi objek melebihi satu dan diakhiri dengan dan. Antara berpasangan dengan kata sendi dengan kerana menunjukkan perbandingan.Tatabahasa04.06.2010
Ayat yang manakah betul? a ) Jarak di antara kedai itu dengan rumah saya ialah 3km. b) Jarak antara kedai itu dengan rumah saya ialah 3km.

Ayat yang betul ialah Jarak di antara kedai itu dengan rumah saya ialah 3km.

Tatabahasa12.01.2015
Mohon panduan tatacara penggunaan ( / ) yang betul i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) atau ii. Perdana Menteri/ Timbalan (tanpa jarak dan dijarak)atau iii. Perdana Menteri / Timbalan (dijarakkan terus) Sekian, terima kasih jua.Penggunaan tanda palang ( / ) yang betul ialah  i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak)Tatabahasa08.04.2015
intervaljarak waktu, waktu selangLain-lain10.04.2007
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.



Lihat selanjutnya...