Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
JAM TANGANUMUM
JAM PASIRUMUM
JAM MATAHARIUMUM
JAM BIOLOGIUMUM
JAM AIRUMUM
JAMUMUM
METER ELEKTRIK

Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus

elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan

meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam,

amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh

pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam.

Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan

selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam

elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik

menyambungkan meter kepada talian yang

membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter

dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat

berdasarkan bacaan ini.

UMUM
MU'JAM AL-SHU'ARA'

Mujam al-Shuara ialah antara hasil

penyusunan penulisan tahun keempat Hijrah. Ia

disusun oleh Abu Ubaydullah Muhammad ibn

Imran al-Marzabaniy (meninggal dunia tahun 384

H. bersamaan 994 M.). Dia berasal dari Khurasan

dan dibesarkan di Baghdad. Kepakarannya adalah

dalam bidang penyampaian sastera dan berita.

Namanya terkenal melalui buku al-Muwashshah

dan Mujam al-Shuara.

UMUM
MU'JAM AL-UDABA'

Mujam al-Udaba atau nama yang diberikan

oleh penulis Irshad al-Arib ila Marifah al-Adib.

Penulisnya ialah Shihab al-Din Abdullah Yaqut ibn

Abdullah al-Rumi, berasal dari Rom dan

dibesarkan di Hamawi serta menjadi warga

Baghdad. Dia masyhur dengan gelaran Yaqut al-

Hamawiy.

UMUM
MINIT

Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur

masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu

jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh

sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka

satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam

pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah.

Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah.

Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah

bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut

dibahagikan kepada 60 saat.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jam

Puisi
 

Sayang Cik Puteh menaja jam,
     Jama ditaja jama mengkuang;
Kalau boleh hidup bersama,
     Hendak mati betindih tulang.



Lihat selanjutnya...