Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TANAH JAJAHAN

Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan

oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal

mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka.

Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk

mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan

tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan

kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan

perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang

buatan, untuk mendapatkan sumber bahan

mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan,

dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda.

Hampir separuh daripada negara anggota

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas

tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak

Perang Dunia II (19391945).

UMUM
TANAH JAJAHAN HUKUMAN

Tanah jajahan hukuman ialah petempatan di

luar sesebuah negara tempat negara tersebut

memenjarakan para banduan. Dari tahun 1500-an

hingga pertengahan tahun 1900-an, banyak negara

Eropah menggunakan tanah jajahan hukuman untuk

mengurangkan kesesakan di penjara dan untuk

membuang banduan ke tempat yang jauh. Kadang-kadang

banduan ini digunakan sebagai buruh untuk

membangunkan sumber alam sesebuah tanah

jajahan.

UMUM
JAJAHAN

JAJAHAN,   wilayah yang diletakkan secara khusus di bawah pemerintahan sesebuah negeri.  Perkataan jajahan hanya digunakan sekali-skala dalam teks awal yang berbahasa Melayu seperti Sejarah Melayu.  Pada zaman Kesultanan Melaka, jajahan telah mengetepikan wilayah yang tidak ditadbir secara langsung seperti Siak, Inderagiri dan Kampar.  Ketiga-tiga wilayah tersebut telah diperintah oleh beberapa orang raja yang dilantik oleh kerajaan pusat di Melaka dan hanya dikenal sebagai tanah atau negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TANAH JAJAHAN TELUK MASSACHUSETTS

Tanah Jajahan Teluk Massachusetts ialah

salah satu penempatan orang Eropah yang pertama

di New England, Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan di

Salem, Massachusetts, pada tahun 1628, oleh

sekumpulan kecil pengikut Puritan Inggeris.

Pengikut Puritan ingin mengekalkan ketulenan

agama mereka serta bebas daripada apa yang

mereka rasakan sebagai kejahatan Gereja England.

John Endecott telah mengetuai kumpulan pertama

peneroka tersebut. Pada tahun 1630, John Winthrop,

yang menjadi gabenor koloni tersebut, telah

mengetuai 1000 orang lagi peneroka menuju

Boston.

Lihat juga Massachusetts ; Puritan; Williams,

Roger.

UMUM
JAJAHAN MELAYU,

JAJAHAN MELAYU,  akhbar mingguan.  Akhbar ini diterbitkan di Taiping, Perak, pada 4 November 1896 oleh Sayid Abul Hassan bin Burhan yang berasal daripada keturunan Jawi Peranakan.  Sebelum ini, Sayid Abul Hassan menerbitkan akhbar Seri Perak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
PEJABAT TANAH JAJAHANPejabat yang menjaga hal-ehwal wilayah jajahan Great Britain di seberang laut.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERSEKUTUAN AUSTRALIA

Persekutuan Australia terbentuk dari tahun

1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia

menjadi negeri-negeri Komanwel Australia.

Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah

penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba,

tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes,

perdana menteri New South Wales, mendesak

para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah

kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak

percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan

menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan

tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898,

dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa

penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan

dan penduduk Australia mengundi untuk

membentuk sebuah persekutuan. Duke of York,

kemudian bergelar Raja George V,

mengisytiharkan Komanwel Australia pada

1 Januari 1901.

UMUM
DOMINION OF NEW ENGLAND

Dominion of New England ialah kumpulan

tanah jajahan Inggeris di Amerika Syarikat yang

dipersekutukan pada tahun 1686 oleh Raja James

II, England. Jajahan dalam dominion ini ialah

Connecticut, Massachusetts, New Hampshire,

New Jersey, New York, Plymouth, dan Rhode

Island

UMUM
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Perisytiharan Kemerdekaan ialah dokumen

bersejarah bagi tanah jajahan British di Amerika

yang mengisytiharkan kebebasan daripada

pemerintahan British. Kongres Benua Kedua adalah

satu perjumpaan perwakilan dari setiap tanah

jajahan yang menetapkan hari perisytiharan itu

pada 4 Julai 1776. Tarikh ini diraikan sebagai tarikh

kelahiran Amerika Syarikat.

UMUM
NEW SWEDEN

New Sweden ialah satu-satunya tanah jajahan

Sweden di Amerika. New Sweden terletak di

sepanjang Sungai Delaware, dari muara Teluk

Delaware hingga ke kawasan yang kini dikenali

sebagai Trenton, New Jersey. Peneroka

Sweden mengasaskan jajahan ini pada tahun

1638, dan membina Fort Christina di sebuah

kawasan yang kini dikenali sebagai Wilmington,

Delaware .

UMUM
Tesaurus
 
jajah
Kata Terbitan : menjajah, terjajah, jajahan, penjajahan, penjajah,