Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
colonial laws validity actAkta Kesalahan Undang-undang (Tanah) Jajahan (bidang politik/ sejarah )Istilah23.12.2008
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Saya merujuk email terdahulu berkaitan istilah inter-empire trade. Secara ringkasnya inter-empire trade merujuk kepada jaringan perdagangan dalam kalangan tanah jajahan dalam empayar (dalam kes ini merujuk kepada empayar British). Saya petik daripada dokumen Persidangan Imperial British pada tahun 1920-an, Canada is a great exporter to South Africa, and I hope it may be possible, not only with regard to Canada but also with regard to Australia and New Zealand and other portions of the Empire, to make arrangements which will be mutually beneficial and helpful in fostering inter-Empire trade. Sekian, terima kasih.Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perdagangan antara empayar.Istilah15.02.2017
patriotik - bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di kalangan penduduk tempatan. Benarkah pihak Jepun yang telah berjaya menaikan semangat patriotik di kalangan penduduk tempatan? Pada pendapat saya, kesan jajahan Jepun yang membakar semangat patriotik. Bukan pihak Jepun. Pihak Jepun hanya ingin menjajah.Pihak kami hanya menjawab pertanyaan berkenaan masalah bahasa. Kami tidak menjawab pertanyaan mengenai perkara lain seperti sejarah. Ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan hanya sebagai contoh penggunaan perkataan "patriotik".Lain-lain30.08.2016
Tuan / Puan, Mohon semak terjemahan Bahasa Inggeris untuk istilah-istilah di bawah: 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - local National Registration Department (NRD) branches 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Office Division 3. Unit Kebajikan Penjara Institusi - Prison Institution Welfare Unit 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - Department of Social Welfare at district level 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit at headquarters 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day 7. Banduan Akhir (BA)- prisoners on death row 8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi") Terima KasihUntuk makluman tuan/puan, kami tidak menyemak terjemahan Bahasa Inggeris. Namun begitu, kami mencadangkan terjemahan yang berikut:

1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) - National Registration Department (State Branch)
2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan - Records and Admissions Division
3. Unit Kebajikan Institusi Penjara  - Prison Welfare Unit
4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan - nearby District Social Welfare Office
5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia - Prison Welfare Unit for Malaysia Prisons Department Headquarters
6. Hari Jabatan Penjara Malaysia- Malaysia Prisons Department Day
7. Banduan Akhir (BA)- inmates on death row
8. Sayembara Genta Puisi - Poetry Contest ("Sayembara Genta Puisi")
 
Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan06.06.2017
Tuan / Puan, Mohon saranan tuan / puan untuk padanan yang betul dalam Bahasa Inggeris untuk istilah-istilah di bawah : 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan KWSP 3. Unit Kebajikan Penjara Institusi 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia Terima Kasih.

DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sdr. boleh menterjemahkan dahulu perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu  dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan terjemahan.

Penyemakan dan penterjemahan05.06.2017
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah MelayuKedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya.  Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. Lain-lain01.03.2008
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai pembahagian pentadbiran. "Prefecture" dan "province" diterjemahkan sebagai wilayah. Tetapi di negara China, kedua-dua pembahagian tersebut adalah berbeza. Jadi bagaimana hendak membezakannya dalam bahasa Melayu?

Mengikut data  kami, dalam bidang geografi dan ekonomi, province ialah wilayah, jajahan, daerah, kawasan, iaitu kawasan geografi dengan keluasan tertentu tetapi lebih kecil daripada benua, yang mempunyai sifat-sifat keseragaman yang boleh dikaji sebagai satu keseluruhan. Terdapat juga data menunjukkan istilah provinsi digunakan untuk merujuk pada province. Bagi istilah prefecture, padanan bahasa Melayu yang digunakan ialah wilayah, daerah dan bahagian. Sehingga kini, kami tidak membezakan penggunaan kedua-duanya secara terperinci mengikut negara seperti yang tuan utarakan.  

Istilah08.02.2015
perbezaan antara sultan dan raja

Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'.

Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: 

Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain);

Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; 

Makna02.07.2009
1
Tesaurus
 
jajah
Kata Terbitan : menjajah, terjajah, jajahan, penjajahan, penjajah,