Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Jurnal ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kata adat membawa fiil, Fiil mulia pegangan umat; Lupa adat manusia jahil, Jahil membawa ke jalan sesat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak kancil diluru tupai, Lumpuh kaki jalan merangkak; Awak jahil mengaku lebai, Disuruh mengaji nafas pun sesak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang beradat berlaku adil, Menyukat menimbang sesama banyak; Membuang adat laku kan jahil, Umat berperang bangsa pun rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang besar tentulah balang, Yang kecil tentulah ranting; Orang benar tentulah menang, Orang jahil tentulah tergiling.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Biarlah orang memaku kulim, Kita memaku kendil jelaga; Biarlah orang mengaku alim, Kita mengaku jahil juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rampak-rampak merambah dahan, Kerana kita hendak mengail; Banyak-banyak menyembah Tuhan, Kerana kita hamba yang jahil.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Memukul itik di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail; Imam khatib lagi berdosa, Bertambah lagi kita yang jahil.Kurik Kundi Merah SagaAgama
1
Tesaurus
 
jahil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan buta huruf, buta hati, tidak berpendidikan, tidak berpengetahuan, tidak bertamadun.,