Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KERJA IKUT BUTIRUMUM
EKONOMI BIDANGAN

Ekonomi bidangan atau dikenali juga sebagai pulangan bertambah ikut bidangan ialah keadaan apabila kadar atau peratus pertambahan output melebihi kadar atau peratus pertambahan input.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
ABDULLAH IBN UMAR

Abdullah ibn Umar (10 S.H.73 H./613 M.692

M.), salah seorang daripada sahabat besar. Nama

penuhnya ialah Abdullah ibn Umar bin al-Khattab.

Walau bagaimanapun, dia tidak berkesempatan

untuk berperang dalam Perang Badar dan Uhud

lantaran usianya yang masih kecil. Dia mula

berjuang dalam Perang Khandaq dan dia ikut serta

dalam kesemua perang bersama-sama Rasulullah SAW.

Dia juga mempunyai hubungan yang rapat dengan

Rasulullah SAW berikutan kedudukan bapanya dan

kakaknya Hafsah sebagai Umm al-Mukminin.

UMUM
MONTFORT, SIMON DE

Montfort, Simon de (1208?1265), negarawan

dan askar Inggeris, yang memberi sumbangan

kepada perkembangan kerajaan berparlimen di

England. Dia dikenal sebagai Bapa Dewan Rakyat.

Tetapi usahanya lebih kepada memperkukuh

sistem Parlimen yang sudah sedia ada. Montfort

ialah kesayangan Raja Henry III, tetapi tidak kekal

kerana kesungguhannya untuk melaksanakan

pembaharuan politik. Henry III mahu memerintah

ikut sesuka hatinya, dan ini menyebabkan Montfort

mengetuai satu pemberontakan untuk

mengehadkan kuasa raja mengikut undang-undang.

Henry dan anaknya (kemudian Edward I)

mengangkat senjata untuk menentang, tetapi

Montfort menangkap kedua-duanya di

pertempuran Lewes pada tahun 1264.

UMUM
SYAIR SULTAN MAULANA

SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan Syair Sultan Maulana mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845).  Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu Tradisional. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku The Battle for Junk Ceylon (Syair Sultan Maulana) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner.

SASTERAKonsep
DATUN JULUT

DATUN JULUT, tarian masyarakat Kenyah di Sarawak. Tarian ini biasanya ditarikan oleh kaum perempuan pada hari kebesaran ataupun semasa meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang mereka. Lazimnya, tarian ini diadakan pada waktu petang. Kadang-kadang pihak lelaki juga ikut serta bagi menyerikan lagi suasana perayaan tersebut.

         

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TUANKU NAN RENCEH

TUANKU NAN RENCEH (   ?   - 1820-an), salah seorang pelopor gerakan padri di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tuanku nan Renceh berasal dari Bukit Kamang, Agam, Sumatera Barat. Dia adalah salah seorang murid Tuanku nan Tuo di Koto Tuo, yang paling terkemuka. Dia ikut dalam gerakan pembaharuan Kembali Kepada Syariat yang dilancarkan oleh Tuanku nan Tuo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BAKRI SIREGAR

BAKRI SIREGAR (1922 -     ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 14 Disember 1922 di Langsa, Aceh, Indonesia. Bakri Siregar pernah bertugas sebagai sidang pengarang akhbar Pendorong dan majalah Arah di Medan. Namun sebagai seorang pakar dalam bidang bahasa dan sastera Indonesia, dia lebih banyak mengajar. Dari tahun 1956 hingga tahun 1957, Bakri mengajar di University of Warsaw, Poland. Dia pernah menjadi pensyarah bahasa Indonesia di Falkutas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sumatera Utara, Medan (1957 1959) di samping mengajar di sekolah swasta. Setelah itu, dia dilantik sebagai pensyarah Sejarah Sastera Indonesia Moden di Universiti Beijing, China (1959 1962). Bakri pernah menjadi anggota Pimpinan Pusat Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) (1959 1965); Ketua Umum, Lembaga Sastera LEKRA (hingga 1965), dan setelah Gerakan 30 September (GESTAPU) meletus, dia ikut ditahan hingga tahun 1977.

SASTERATokoh
1
Puisi
 

Asam rumbia dibelah-belah,
     Buah separah dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
     Akhirat juga mendapat syurga.



Lihat selanjutnya...