Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan : 1. Apakah perbezaan antara perkataan 'terikut-ikut' dan 'mengikut-ikut' ? 2. Bolehkah perkataan 'pertama-tama' digunakan dalam penulisan karangan dengan membawa maksud terdahulu sekali ? Ribuan terima kasih atas penjelasan dan maklum balas tuan. | 1. Menurut Kamus Dewan, terikut-ikut ialah mengikut (sesuatu) dengan tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yang ~ dengan struktur tatabahasa lain. Manakala mengikut-ikut ialah meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yang ~ kepentingan orang lain; 2.Kamus Dewan mentakrifkan pertama-tama sebagai yang pertama sekali, yang mula-mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Apakah maksud peribahasa 'ikut hati mati, ikut rasa binasa' | Makna peribahasa tersebut ialah orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa. Sila rujuk Kamus Peribahasa oleh Abdullah Hussain atau Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.04.2009 |
Yang mana betul?(dan kenapa?) (a)Remaja mudah TERIKUT-IKUT DENGAN tingkah laku kawan-kawan. (b)Remaja mudah TERIKUT-IKUT AKAN tingkah laku kawan-kawan. | Ayat yang betul ialah "Remaja mudah terikut-ikut dengan tingkah laku kawan-kawannya". Penggunaan kata sendi nama 'akan' (seperti dalam ayat kedua) mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. | Tatabahasa | 02.03.2011 |
"Saya ikut sunah nabi," suara Wafiq tersangkut-sangkut. (Betulkah penggunaan tanda koma itu. Atau sebetulnya adalah tanda noktah?) | Penggunaan yang betul ialah tanda noktah. | Ejaan | 10.10.2011 |
apakah maksud 'ikut resmi padi,makin berisi,makin teduh'? | Makna peribahasa "Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk" ialah makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi | Makna | 06.08.2007 |
Ikut nasihat DBP, pelanjutan masa adalah tepat. Tetapi, ikut istilah terjemahan bidang sasar undang-undang, extension of time diterjemahkan sebagai perlanjutan masa. Mana satukah yang tepat? Perlajutan atau pelanjutan masa untuk extension of time? | Penggunaan yang betul ialah "pelanjutan masa". Namun dalam istilah undang-undang, frasa "perlanjutan masa' juga adalah betul setelah dibengkelkan dan mendapat pengesahan daripada pakar bidang. | Tatabahasa | 28.12.2020 |
Tuan, Peribahasa manakah di bawah adalah benar, a) Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk? ATAU b) Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Terima kasih. | Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua ialah: Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang. Bermaksud : Tidak sombong; rendah diri. | Sastera | 26.07.2018 |
Melentur buluh biarlah "dari" rebungnya atau "daripada" rebungnya. ...sebab ada yg kata tidak boleh diubah dan mesti ikut yang asal..sedangkan kalau ikut tatabahasa. ..daripada....mohon penjelasan...tq | Peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung". | Lain-lain | 21.05.2013 |
Assalamualaikum... Jika saya ingin menyusun sebuah kamus dari sudut yang berbeza dengan kamus dewan (Kamus Dewan susun ikut abjad tapi sya nak susun ikut rima akhir) tetapi sumber entri masih daripada Kamus Dewan, adakah saya perlu meminta izin daripada DBP? Tidak semua entri dalam kamus Dewan yang diambil, cuma entri-entri yang bekaitan sahaja. | Jika mahu menggunakan bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perlu mendapat izin daripada DBP terlebih dahulu. Sila hantar surat permohonan untuk menggunakan bahan itu kepada Ketua Pengarah DBP. | Lain-lain | 10.03.2013 |
1. Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. 2. Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Ayat yang mana betul? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih. | Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Kata kerja mengikut mendukung maksud perbuatan "ikut" dan melengkapkan makna ayat tersebut. | Tatabahasa | 10.08.2011 |