Schelling, Friedrich Wilhelm Joseph von (17751854) ialah ahli falsafah Jerman. Karya awalnya difahamkan sebagai penyambung penting antara Immanuel Kant dengan Johann Gottlieb Fichte pada satu pihak, dan G.W.F. Hegel pada satu pihak lagi. Karya ini memaparkan idealisme dan romantisisme Jerman. System of Transcendental Idealism (1800), ialah karya Schelling yang utama pada zaman remajanya. Dia kemudian mengkritik karyanya yang awal dan falsafah Hegel sebagai falsafah negatif. Schelling cuba mengembangkan falsafah positif yang menekankan pendedahan dan pengaruh eksistensialisme. |