Kata |
Takrif |
Sumber |
idealisme | (idéalisme) 1. sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dlm bentuk yg ideal, sifat (sikap, cita-cita, dsb) menghasratkan yg unggul (yg sempurna): kekuatan inilah yg membezakan cerpen sbg karya seni yg mempunyai nilai estetik drpd cerpen yg hanya utk menyampaikan ~ pengarangnya; Allan Bloom memaparkan persekitaran politik dan sosial yg tidak banyak mendorong masyarakat utk membaca - tidak ada minat tentang falsafah, tidak ada ~ dlm hidup; 2. hasrat atau cita-cita yg unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yg lebih merupakan impian: ini memperlihatkan ~ si ibu tidak tercapai, akibat ang-kara kejahatan di sekitarnya; pd satu pihak, bahasa baku menjadi ~ dan impian; 3. aliran (penulisan, seni) yg bersifat impian atau khayalan (dgn memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dsb) yg berlainan sama sekali drpd kenyataan: ~ sbg satu aliran seni merupakan satu aliran yg bertentangan dgn realisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
idealistik | (idéalistik) bersifat idealis (bkn orang) atau berasaskan idealisme (bkn pendirian, pandangan, cita-cita, dsb): amat terasa mereka cukup ~ dan menggunakan drama utk menampung idea-idea yg bergejolak dan mengetengahkan persoalan-persoalan yg erat kaitannya dgn pembangunannya dan kebangkitan satu umat baru; dlm detik-detik ketenangannya yg romantik, beliau mengarang novel yg jelas gagal akhirnya kerana amatlah sulit bagi seorang seniman hendak menjadi orang politik yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
idealis | (idéalis) 1. orang yg mempunyai pandangan (fikiran) atau cita-cita yg unggul-unggul atau tinggi-tinggi; 2. orang yg tidak realistik pandangannya dsb (dipengaruhi oleh idealisme). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
idealism | n idealisme. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unite | 5. have (as qualities) in combination, memadukan: he ~s idealism with common sense, dia memadukan idealisme dgn akal budi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
neo-idealism | neo-idealisme | idealisme baru; neo-idealisme | neo-idealisme | Sains Politik |
idealism | idealisme | idealisme | idealisme | Pendidikan |
idealism | idealisme | idealisme | idealisme | Sains Politik |
idealism | idealisme | idealisme | idealisme | Kesusasteraan |
political idealism | idealisme politik | idealisme politik | idealisme politik | Sains Politik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
idealism | idealisme | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Model analisis dalam perhubungan antarabangsa yang memberikan penekanan terhadap keupayaan negara atau pemerintah untuk hidup dan saling berinteraksi secara aman dan harmoni. Fahaman ini merupakan satu alternatif model realisme. Golongan fahaman ini percaya reformasi atau perubahan dalam sistem antarabangsa penting dan boleh dilakukan demi keharmonian sejagat. Contohnya, aliran pemikiran ini menekankan prinsip dasar luar harus berasaskan moral, etika, perundangan atau prinsip tatacara dunia. Oleh itu, idealisme menolak prinsip mengutamakan kepentingan diri. |
idealism | idealisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman dalam kesusasteraan, menilai sesuatu dari kesempurnaannya sahaja, walaupun ia tidak mungkin wujud dalam alam nyata atau bentuk pemikiran yang subjektif dengan segala keindahan yang dilebih-lebihkan daripada yang sebenarnya. |
idealism | idealisme | Pendidikan | Tiada | Tiada |
idealism | idealisme | Sosiologi | Tiada | Tiada |
idealism | idealisme | Sejarah | Tiada | Tiada |
neo-idealism | idealisme baru | Pendidikan | Tiada | Tiada |
absolute idealism | idealisme mutlak | Pendidikan | Tiada | Tiada |
historical idealism | idealisme sejarah | Sosiologi | Tiada | Tiada |
political idealism | idealisme politik | Sains Politik | Tiada | Tiada |
political idealism | idealisme politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
idealisme | [i.déa.lis.me] | ايدياليسمى |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata idealisme |
|
|