Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ULEEBALANG | ULEEBALANG, jawatan hulubalang dalam pasukan tentera Aceh, Sumatera, Indonesia. Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Uleebalang mengetuai sebuah negeri (daerah). Sebuah negeri terdiri daripada beberapa mukim uleebalang dan uleebalang sebuah negeri mendapat mandat daripada Sultan Aceh untuk mengepalai negeri tersebut. Sementara di daerah-daerah jajahan, sultan tidak melantik wakil baharu, sebaliknya menyamatarafkan raja-raja di bawah jajahannya dengan jawatan uleebalang. Raja-raja ini tidaklah menggunakan pangkal gelaran uleebalang tetapi menggunakan gelaran setempat. Contohnya uleebalang di Gayo dan Alas mendapat mandat terus daripada Sultan Aceh. Uleebalang di daerah tersebut dipanggil dengan gelar Keudjuruan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
PANGLIMA | PANGLIMA, gelaran yang diberikan kepada tokoh yang mempunyai sifat kepahlawanan seperti berani, bijak dan tangkas bermain senjata. Seorang panglima mestilah sudah mengetahui dan mempelajari segala selok belok ilmu hulubalang. Dalam kehidupan sehari-hari masyarakat tradisi Melayu, gelaran panglima lazim diberikan kepada individu yang berlagak atau mempunyai sifat dan ilmu tersebut. Kadangkala seorang panglima juga dilantik menjadi ketua daerah atau angkatan perang dan pertahanan diraja kerana kegagahan dan ketaatannya. Walau bagaimanapun 'panglima' lebih merupakan gelaran dan bukan pangkat yang tetap seperti laksamana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB | SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB, ( ? - ? ), penasihat Sultan Siak. Nama sebenarnya ialah Syed Othman Syahabudin Syed Abdullah al-Syabab. Beliau ialah seorang pengembara Arab. Beliau telah mengahwini Tengku Embung Badariah, puteri Raja Alam dari Siak. Syed Othman kemudiannya telah dilantik sebagai ketua hulubalang Siak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
|