Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Adat resam kata orang, Ada hukum dengan undangnya; Ada faham lembaga terang, Sama maklum pantang orangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukit Putus berkeluang, Direndang jagung dihangusi; Hukum putus badan terbuang, Dilihat kampung ditangisi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Belum jatuh sudah berdetak, Detak mengirai balik berbalik; Hukum jatuh benar terletak, Gelak berderai timbal balik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Timah peteri dengan besi, Dicantum dengan paku Belanda; Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau pasang air di laut, Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut, Mahukah kita mati bersama?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah orang berhelat, Kaum kerabat harus dijemput; Bukan mudah memegang adat, Hukum muafakat harus diikut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau helat hendak ramai, Sebelum berhelat orang dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Hukum diingat undang diikut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat batu ia berdekak, Adat besi ia berdencing; Ada dipalu tahan asak, Hukum jatuh tahan banding.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Putus gading bersekat-sekat, Belum jatuh sudah retak, Putus runding kerana muafakat, Hukum jatuh benar terletak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang beradat fikiran panjang, Sebelum bertindak ditimbang dulu; Membuang adat jalan menyimpang, Hukum rosak hilanglah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1
Tesaurus
 
hukum (kata nama)
1. Rujuk undang-undang

2. Bersinonim dengan ketetapan: ketentuan, peraturan, cara, tatacara,

Kata Terbitan : hukuman, menghukum, menghukumkan, terhukum,

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.



Lihat selanjutnya...