Kata |
Takrif |
Sumber |
hindar | ; menghindar pergi menjauhkan diri; menyisih; menyingkir (dr sesuatu): Dia ~ ke tepi supaya orang lain dpt lalu-lalang di situ. menghindari menjauhkan diri dr; mengelak supaya tidak kena atau tidak ditimpa sesuatu (bahaya, kecelakaan dsb): Oleh sebab sifatnya yg jahat, saya berusaha ~nya. menghindarkan menolak jauh-jauh; menjauhkan; menyingkirkan; mengetepikan; mengesampingkan: Undang-undang telah digubal utk ~ perbuatan rasuah. terhindar terlepas atau bebas drpd: Ahmad yg ~ drpd maut ialah penuntut tingkatan satu. penghindaran perbuatan (hal, cara dsb) menghindar, menghindari atau menghindarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hindar | pergi (dlm maksud menyuruh), nyah; menghindar pergi, mengelak, menyingkir, menyisih: seolah-olah kesakitannya telah ~ dr dirinya; menghindari mengelak supaya terbias drpd (kecelakaan, serangan, dll), menjauhkan diri drpd: pertempuran antara kita sama kita hanya dapat dihindari kalau saudara-saudara undur dr sini; menghindarkan mengelakkan (menjauhkan, menyingkirkan) drpd, membiarkan: angkatan udara kita telah dapat ~ pengeboman atas ibu kota; jawaban yg demikian sebenarnya tidak dapat mengelakkan pertanyaan dan ~ persoalan; terhindar terluput (terlepas, bebas) drpd: Yahya ~ drpd maut; terhindarkan dapat dihindarkan: kesukaran yg ~; penghindaran perihal (perbuatan) menghindarkan (menghindari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hindar | menghindar pergi menjauhkan diri; menyisih; menyingkir (dr sesuatu): Dia ~ ke tepi supaya orang lain dpt lalu-lalang di situ. menghindari menjauhkan diri dr; mengelak supaya tidak kena atau tidak ditimpa sesuatu (bahaya, kecelakaan dsb): Oleh sebab sifatnya yg jahat, saya berusaha ~nya. menghindarkan menolak sesuatu jauh-jauh; menjauhkan; menyingkirkan; mengetepikan; mengesampingkan: Undang-undang telah digubal utk ~ perbuatan rasuah. terhindar terlepas atau bebas drpd: Ahmad yg ~ drpd maut ialah penuntut tingkatan satu. penghindaran perbuatan (hal, cara dsb) menghindar, menghindari atau menghindarkan. | Kamus Pelajar |
menyingkir | 1. mengelak, menghindar, menepi, menyisi: setiap orang ~ dariku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak memakainya lagi (adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan mengelilingi atau mengedari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkir | ; menyingkir 1. mengelak, menghindar, menepi, menyisi: setiap orang ~ dariku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak memakainya lagi (adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan mengelilingi atau mengedari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan); menyingkiri 1. menjauhkan (menghindarkan) diri dr: ~ bahaya; 2. ki tidak memakainya atau menggunakannya lagi (dlm berbagai-bagai erti), membuangi: segala ungkapan yg dapat melukai perasaan orang lain hendaklah disingkiri; menyingkirkan 1. menjauhkan (menghindarkan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan mengedari ayam betina); tersingkir 1. sudah disingkirkan (diberhentikan, ditolak, dll), terbuang: setelah ~ dr parti politik, ia cuba bergiat dlm badan kebudayaan; 2. terluput (terhindar) dr, dijauhkan (dipisahkan) dr: kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; 3. terasing (terpisah) dr, terbuang: dia tidak mahu melihat Murad ~ dr keluarganya; selagi tidak ~ kuasa asing dr bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati; penyingkiran 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; penyingkir = kaum ~ pengungsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyepikan | menjadikan sepi: Allah tidak ~ alam ini drpd mereka; ~ diri menghindar-kan diri drpd orang banyak, menyepi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyisih | 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, menyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr, menghindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur kerana miskin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisih | ; bersisih berpisah, berasing; ~ antah dgn beras prb berasingan orang kaya dr orang miskin; menyisih 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, menyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr, menghindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur kerana miskin; menyisihkan 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. memisahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm permainan dll), menyingkirkan (lawan); tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; sisihan (Mat) perbezaan antara nilai keputusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji; penyisihan perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepi | 1. tidak riuh, senyap, sunyi: kedua-duanya diam sejenak, seluruhnya ~ kecuali bunyi deru jentera yg tidak putus-putus; 2. tidak banyak orang, tidak ramai (pembeli di kedai dll), lengang: awak pernah gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di sampingnya; 3. ki tidak meriah (sambutan bkn sesuatu dll), dingin: kunjung-annya ke sana telah mendapat sambutan yg ~ sekali; memandang (menganggap) ~ ki tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat; menyepi 1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yg sunyi (utk menenteramkan diri dll); 2. menghindarkan diri drpd orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri; 3. menjadi sepi: keriuhan ayam itik juga turut ~; menyepikan menjadikan sepi: Allah tidak ~ alam ini drpd mereka; ~ diri menghindar-kan diri drpd orang banyak, menyepi; kesepian 1. perihal keadan sepi, kesunyian: hanya bunyi gobek itulah sahaja yg memecah-kan ~; 2. berasa sepi (kerana keseorangan dll): dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri; penyepian perbuatan menyepi atau menyepi-kan diri: selama ~nya itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yg paling penting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
lingkop | hindar | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
lingkop | hindar | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ngelipet | hindar | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
hindar | [hin.dar] | هيندر |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata hindar; |
|
|