Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan hujan; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad menjadi teladan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan malam; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad merahmati alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tutup bukan sebarang tutup, Tutup kuali dari tembaga; Hidup bukan sebarang hidup, Hidup berbudi matinya mulia.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Belajar baca rumi; Belajar kira-kira, Restu hidup kami, Hidup kami gembira.Pantun Melayu SarawakKiasan
Hidup api jerang belanga, Hendak masak kepala kurau; Abang pergi jangan lama, Tiada kawan hendak bergurau.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Redup hari melayah petang, sungguh hening di pagi hari; Hidup ibarat pinang sebatang, Hidup terpinggir seorang diri.Pantun Melayu SarawakPerantau
Bila mencelup kain pelekat, Salah celup rosak raginya; Bila hidup mempermainkan adat, Hinalah hidup rosak budinya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tudung saji dari Semarang, Buat penutup asam pauh; Begini nasib hidup yang malang, Hidup seorang ibu jauh.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Selasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Puisi
 

Orang buat tikar pandan berduri,
     Jangan buat pandan mengkuang;
Kita hidup sedarkan diri,
     Jangan hidup dibenci orang.



Lihat selanjutnya...