Kata |
Takrif |
Sumber |
saksama | 1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hemat | (hémat) 1. tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berawas-awas, beringat-ingat, berjaga-jaga: pegawai penyelidik itu bekerja dgn ~; kereta itu berlanggar kerana pemandunya kurang ~; 3. pemerhatian, pengamatan: usul itu pd ~ kita bertentangan dgn semangat parti; ~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh prb kalau hendak kaya mestilah berjimat cermat, kalau boros pasti akan berhutang; berhemat 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; menghemat, menghematkan menjimatkan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dgn berhati-hati (supaya tidak rosak dll): kanak-kanak sejak dr kecil perlu dilatih ~ wang; terhemat; tidak ~ tidak terkira; hematan perhitungan, perkiraan; kehematan perihal (sifat) hemat; penghematan perihal atau perbuatan menghemat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hemat | /hémat/ 1 tidak boros dlm hal membelanjakan wang; cermat; jimat: Kalau ingin kaya, kita mesti ~ membelanjakan wang. 2 dgn penuh perhatian; dgn hati-hati; dgn teliti (dlm hal membuat kerja dll): Dia bekerja ~ sekali. Oleh sebab kurang ~nya, dia mempercayai semua kata orang tanpa memikirkan buruk baiknya. berhemat 1 berdikit-dikit (membelanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. menghematkan mengawasi (perbelanjaan dll) supaya tidak berlebih-lebihan; menjimatkan: Dia sentiasa ~ wang perbelanjaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hemat | /hémat/ 1. tidak boros dlm hal membelanjakan wang; cermat; jimat: Kalau ingin kaya, kita mesti ~ membelanjakan wang. 2. dgn penuh perhatian; dgn hati-hati; dgn teliti (dlm hal membuat kerja dll): Dia itu bekerja ~ sekali. Oleh sebab kurang ~nya, dia mempercayai semua kata orang tanpa memikirkan buruk baiknya. berhemat 1. berdikit-dikit (membelanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2. berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. menghematkan mengawasi (perbelanjaan dll) supaya tidak berlebih-lebihan; menjimatkan: Dia sentiasa ~ wang perbelanjaannya. | Kamus Pelajar |
boros | 1 terbuka atau terurai (ttg tali yg diikatkan); lepas: Tali gasingnya ~. 2 suka membelanjakan wang secara berlebih-lebihan; tidak hemat: Orang yg ~ tidak akan menjadi kaya. memboroskan menggunakan (wang dsb) dgn berlebih-lebihan atau terlalu banyak: Anak muda itu ~ harta benda peninggalan orang tuanya. pemboros orang yg boros atau tidak hemat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jimat | I 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm membelanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat; berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm penggunaan wang dll); menjimatkan menghematkan, mengeluarkan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air; kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; penjimat orang yg jimat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai hemat | berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai hati | = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kikir II | terlalu hemat atau terlalu berkira-kira membelanjakan sesuatu; kedekut; bakhil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjimat cermat | berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm penggunaan wang dll) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
conscientious | adj hemat: he was an honest, ~ worker, dia seorang pekerja yg jujur dan hemat; a ~ piece of work, kerja yg hemat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
indiscreet | adj (of person) kurang /hemat, hati-hati/, tdk bijaksana; (of behaviour) tdk bijaksana; (of remark, comment, etc), (dibuat secara) tdk hati-hati; (of affair) terang-terangan: I have never known her to be ~, setahu saya dia tdk berlaku kurang hemat; he made a number of ~ remarks about the incident, dia membuat beberapa komen yg tdk hati-hati ttg peristiwa tersebut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
haemato- | comb. form hemato; (before a vowel) hemat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
economically | adv 1. thriftily, dgn /jimat, hemat, cermat/; 2.> cheaply, tanpa /belanja yg banyak, banyak belanjanya/, dgn perbelanjaan yg /kecil, sedikit/: this machine can be ~ operated, mesin ini boleh dikendalikan tanpa belanja yg banyak; 3. from an economic standpoint, dr segi ekonomi: a country that is politically and ~ independent, sebuah negara yg bebas dr segi politik dan ekonomi; an ~ viable scheme, rancangan yg berdaya maju dr segi ekonomi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
economical | adj 1. thrifty, jimat, cermat, hemat: an ~ housekeeper, pengurus rumah yg jimat; you must be ~ in your use of water, puan mestilah jimat menggunakan air; be ~ of os /time, energy, etc/, /menjimatkan, menghematkan/ /waktu, tenaga, dsb/ sso; 2. cheap to operate, implement, etc, menjimatkan (wang): it is a very ~ car to run, kereta ini sungguh menjimatkan wang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
indiscretion | n 1. lack of discretion, kurang /hemat, hati-hati/, tdk bijaksana; 2. indiscreet act, behaviour, /perbuatan, tingkah laku/ yg tdk bijaksana: one unfortunate ~ had jeopordized his whole career, krn melakukan perbuatan yg tdk bijaksana seluruh kerjayanya tergugat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frugal | adj 1. thrifty, economical, (ber)jimat(-cermat), (ber)hemat: a ~ housewife, suri rumah yg jimat; he led a very ~ life, dia hidup berjimat; 2. not costly, tdk mahal: a ~ meal, makanan tdk mahal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frugality | n careful economy, thrift, sifat jimat(-cermat), kehematan; with ~, dgn /jimat(-cermat), hemat/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
careful | adj 1. cautious, heedful, hati-hati, cermat: a ~ driver, pemandu yg hati-hati; be ~, berhati-hati; 2. thorough, teliti: a ~ study, suatu kajian yg teliti; 3. frugal, cermat, jimat, hemat: he is ~ with his money, dia cermat dgn wangnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
economy | n 1. (system for the) management of resources, ekonomi: inflation would have adverse effects on the countrys ~, inflasi akan mendatangkan kesan-kesan buruk thdp ekonomi negara; agricultural ~, ekonomi pertanian; 2. avoidance of waste, cermat, hemat, jimat: the household is run with considerable ~, rumah itu diurus dgn begitu cermat; practise ~, berjimat, bercermat, berhemat; 3. instance of avoiding waste, berjimat, bercermat, berhemat: buying cheap cloth is a false ~, membeli kain murah bukan sebenarnya berjimat; with some small economies, you should be able to save more money, dgn berjimat sedikit-sedikit kamu dapat menyimpan lebih banyak wang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
slow journalism | kewartawanan hemat | Komunikasi Massa | Tiada | Jenis kewartawanan yang memberikan ruang untuk mengumpul maklumat secara menyeluruh, menganalisis, dan menghasilkan karya yang lebih mendalam. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
hemat II | pandapat. | kedayan | |
hemat I | gimat. | kedayan | |
tiit | jimat, hemat, irit; | Melanau Mukah | |
u'eang mesahau | hemat | TETAW | |
ruak | boros (bkn tidak hemat): siyen tudip kelalu juli jegem ~ pengansiyen mesekin dia hidup terlalu joli dan boros menyebabkannya miskin; | Melanau Mukah | |
tanai | teliti; 1 cermat melakukan sst, hemat, saksama: peneriksa jegem sukup ~ diperiksa dgn cukup teliti; 2 dgn sungguh-sungguh, hati-hati: pajih ~ sangat teliti; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
hemat | [hé.mat] | هيمت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemat; |
|
Puisi |
---|
|
Kembang indah menawan hati, Sayang terkerat di tengah hari; Cinta itu laksana api, Tersalah hemat membakar diri.
Lihat selanjutnya... |
|