Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya nak perkataan yang terjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia selain daripada sejauh mana. | Perkataan bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke bahasa Melayu tidak terhitung senarainya. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan buat rujukan helaian demi helaian. | Lain-lain | 03.10.2014 |
Ahmad Saufe Mar 2nd, 2:20pm Salam pentadbir, Saya ingin mendapatkan pandangan pihak dbp. Antara istilah bm di bawah, yang mana satu paling tepat penggunaannya. 1. Helaian Pendedahan Produk @ 2.Helaian Penzahiran Produk Istilah dalam bahasa inggeris : product disclosure sheet Mohon penjernihan. | Dalam kebanyakan bidang perkataan disclosure diterjemahkan kepada pendedahan. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "helaian pendedahan produk". | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2015 |
Semakan pada helaian naskah. | Untuk semakan dan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 18.01.2018 |
Apakah perbezaan antara "tambah" dan "tambahkan". Contohnya dalam ayat berikut: 1) Tambah gula 2)Tambahkan guna 3)Anda boleh menambah helaian dalam fail itu 4) Anda boleh menambahkan helaian dalam fail itu | Akar kata tambah, apabila menerima imbuhan boleh menjadi tambahkan, menambah dan menambahkan. Tambahkan gula lazimnya digunakan dalam ayat suruhan. Menambah dan menambahkan ialah kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks maknanya, menambah bermaksud menjadi lebih banyak dan menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. | Tatabahasa | 04.08.2017 |
Apakah perbezaan antara "tambah" dan "tambahkan". Contohnya dalam ayat berikut: 1) Tambah gula 2)Tambahkan guna 3)Anda boleh menambah helaian dalam fail itu 4) Anda boleh menambahkan helaian dalam fail itu Soalan saya yang sebelumnya tidak dijawab | Akar kata tambah, apabila menerima imbuhan boleh menjadi tambahkan, menambah dan menambahkan. Tambahkan gula lazimnya digunakan dalam ayat suruhan. Menambah dan menambahkan ialah kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks maknanya, menambah bermaksud menjadi lebih banyak dan menambahkan bermaksud menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar. | Tatabahasa | 01.09.2017 |
salam sejahtera... bolehkah pihak tuan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk membuat penulisan dengan berpandukan format yang betul bagi penulisan sebuah laporan teknikal. disini, dilamprkan 2 helaian utama yang menjadi isu dari segi: bagi muka surat pertama, susunatur dan saiz tulisan yang digunakan dan bagi helaian kedua persoalannya adalah, di bahagian manakah sepatutnya diletakkan gambar berkenaan. atas kanan atau atas tengah ataupun atas kiri...terima kasih atas perhatian dan bantuan yang diberikan. | Pada kelazimannya gambar diletakkan di bahagian atas sebelah sebelah kiri (bukan seperti dalam contoh yang diberikan - sebelah kanan). | Lain-lain | 15.02.2012 |
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal | 1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab. 2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 23.01.2013 |
Menu "Maklum Balas " dengan icon tanda soal berwarna biru tidak berfungsi sebaliknya masih memaparkan helaian carian tidak sebagaimana icon facebook di sebelah kirinya.. | Soalan kurang jelas maksudnya. Sila berikan maksud yang hendak disampaikan. Terima kasih. | Lain-lain | 30.07.2017 |
Salam Sejahtera Tuan/ Puan Saya daripada Polycore Optical ( M) Sdn Bhd ingin mendapatkan bantuan pihak tuan untuk membuat pentrerjemahan Helaian Data Keselamatan/ Safety Data Sheet di kilang kami. Berikut dilampirkan senarai bahan kimia yang memerlukan penterjemahan.Penterjemahan ini adalah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Justeru itu, kami ingin meminta sebut harga untuk membuat penterjemahan semua bahan kimia yang dilampirkan dalam senarai.Diharapkan, agar kami mendapat balasan yang secepat mungkin dari pihak tuan. Terima Kasih, Rajiv Sokanathan ( Hp number: 016-6017556) | Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak membuat terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Pihak kami hanya menyemak dokumen yang telah diterjemahkan sahaja. Mohon hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui talian telefon 03-92262506 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut. | Lain-lain | 31.12.2019 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian apakah terjemahan yang tepat untuk "term sheet" (dokumen yang mengandungi terma pelaburan yang wajib dikemukakan oleh penerbit instrumen pelaburan tertentu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) - adakah "helaian terma" atau "kertas terma" atau ada terjemahan yang lain? Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi perkataan "term sheet" ialah "perjanjian pelaburan tak terikat". | Istilah | 17.03.2022 |