PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
armchair structure | | | Struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis heksagon selari dengan nanotiub dan mempunyai simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah zig-zag dan kiral. |
chiral structure | | | Struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilit bulatan tiub. Struktur ini mempamerkan putaran atau pilin di sepanjang nanotiub. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah zig-zag dan kerusi berlengan. |
fullerene | | | Molekul berongga yang kesemua atomnya terdiri daripada unsur karbon dan mempunyai muka berbentuk heksagon, yang bercantum sehingga membentuk sfera, elipsoid atau tiub. Fulerena asal ialah C60 berbentuk sfera yang dipanggil bola bucky. Selain C60, fulerena C20, C22, C70, C76, C80 dan C84 juga dapat disintesiskan. Nanotiub karbon ialah salah satu contoh fulerena berbentuk silinder dengan kelebaran beberapa nanometer. Molekul ini merupakan sebatian yang sangat stabil terutama terhadap suhu dan sifat mekanik. Lihat juga bola bucky. |
zig-zag structure | | | Keadaan struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis ikatan karbon ke bawah pusat nanotiub dan simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah kerusi berlengan dan kiral. |
graphite | | | Alotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata heksagon |
|
|