Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud jangka hayat | jangka hayat: (1) Ukuran purata tentang berapa lama seorang itu dijangka akan terus hidup, selalunya diukur dalam tahun. (2) Hayat perkhidmatan yang berfaedah yang dijangkakan bagi sesuatu peralatan. | Makna | 20.03.2009 |
Apakah kosa kata atau verbatim untuk istilah End Life Vehicle? | Cadangan terjemahan bagi 'End Life Vehicle' ialah jangka hayat kenderaan atau akhir hayat kenderaan | Makna | 10.12.2021 |
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, saya ingin mendapat kepastian dari segi aspek kesalahan bahasa. Tolong periksa kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut:~ i). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Yang manakah lebih tepat:~ i). Jangka hayat dan soal kematian pada tangan tuhan atau ii). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Perjelasan: di - kt sendi nama untuk tempat Adakah kt sendi nama ' Di" boleh digunakan untuk anggota badan. Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Usia dan soal kematian terletak pada tangan Tuhan”. Penggunaan kata sendi nama “pada” dalam ayat tersebut betul kerana berfungsi untuk menunjukkan "keterangan tempat". Manakala penggunaan kata sendi nama “di” tidak betul kerana kata sendi nama tersebut berfungsi untuk "menunjukkan tempat". Contohnya, “Ibunya bekerja di kantin sekolah itu”. | Tatabahasa | 02.03.2022 |
Saya memohon untuk mendapatkan pengesahan istilah "Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat" adakah ia sesuai digunakan kerana saya akan menggunakan istilah ini dalam kajian saya seterusnya. Kajian yang saya jalankan adalah berkaitan pembelajaran sepanjang hayat yang berfokus kepada kemahiran. Namun saya merasa was-was dalam gabungan penggunaan istilah yang digunakan. Mohon bantuan pihak DBP Sekian, terima kasih Normila Mohd Bohari Pelajar Universiti Teknologi Malaysia | Penggunaan perkataan yang betul ialah Pembelajaran Kemahiran Sepanjang Hayat. | Tatabahasa | 11.07.2021 |
Minta penjelasan terhadap ayat berikut: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga ke rumah saya ATAU hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga ke hujung lorong ATAU hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga ke akhir hayat ATAU hingga akhir hayat Terima kasih | Jawapan yang betul ialah: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga akhir hayat. Bagi kata sendi nama hingga dan ke, kedua-duanya tidak digunakan secara berturutan. Bagi contoh ayat di atas kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Saudara / Saudari: 1. Para pekerja syarikat itu tidak mendapat kata putus daripada majikan mereka tentang gaji mereka yang tertunggak (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? 2. Puan Ramlah mendoakan perkahwinan antara Rashid dengan Balkis akan berkekalan (hingga ke akhir hayat / hingga akhir hayat)? 3. Dia tidak lupakan peristiwa pahit itu (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? Saya kurang pasti sama ada (hingga ke) boleh digunakan bersama? Ada sebarang pengecualian? Ribuan terima kasih atas bantuan Saudara/Saudari. Sekian. Yang benar, Juian | 1. hingga hari in 2. hingga akhir hayat. 3. hingga hari ini. | Tatabahasa | 04.03.2008 |
"Lifetime Warranty" dalam Bahasa Malaysia? | Jika Lifetime policy diterjemahkan kepada polisi sepanjang hayat, kami mencadangkan Lifetime Warranty diterjemahkan kepada Jaminan Sepanjang Hayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.03.2015 |
Slm, Minta pihak tuan/puan mengesahkan ayat di bawah: 1)Apakah yang berlaku pada/kepada saya? 2) Jangka hayat manusia ialah/adalah... 3)Saya ditiup sampai/hingga ke sini TQ | Untuk soalan 1, ayat yang tepat ialah: Apakah yang berlaku kepada saya? Untuk soalan 2, Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri "adalah" hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh itu penggunaan kata pemeri ialah/adalah untuk ayat 2: (Jangka hayat manusia ialah/adalah...) bergantung pada jenis frasa yang mengikuti ayat tersebut. Untuk soalah 3, kedua-dua perkataan sampai dan hingga boleh digunakan silih berganti. | Tatabahasa | 17.06.2015 |
life cycle | kitaran hayat | Istilah | 04.04.2007 |
archive life more than 200 years | hayat arkib lebih 200 years | Lain-lain | 03.06.2008 |