Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? Terima kasih. 1. Hari-hari, saya pergi ke sekolah. (Bolehkah perkataan hari-hari digunakan dalam ayat ini?) 2. Sungguh penat saya berasa. (Bolehkah frasa adjektif hadir di hadapan kata kerja?) 3. Saya hendak mencapai markah yang bagus. 4. Saya lapar. Jadi, saya memasak sebungkus mi segera. 5. Ana bertanya kepada Rudi mengapa dia hendak membeli beg baharu. 6. Murid-murid sedang membuat kertas ujian.

Pembetulan contoh ayat tersebut seperti yang berikut:

1. “Hari-hari, saya pergi ke sekolah” kurang tepat. Ayat yang betul ialah “Pada setiap hari saya pergi ke sekolah”.    

2. Ayat “Sungguh penat saya berasa” Frasa adjektif (sungguh penat) tidak boleh diletakkan di depan kata kerja tak transitif kerana kata tersebut berfungsi sebagai pelengkap. Ayat yang betul ialah “Saya berasa sungguh penat.”

3. Saya hendak mencapai markah yang bagus. Ayat ini betul.

4. “Saya lapar. Jadi saya memasak sebungkus mi segera”.  Ayat yang betul ialah “Saya lapar, jadi saya memasak sebungkus mi segera.” / “Saya berasa lapar, jadi saya memasak sebungkus mi segera.”

5. Ana bertanya kepada Rudi mengapa dia hendak membeli beg baharu.  Ayat yang betul ialah “Ana bertanya kepada Rudi sebab dia hendak membeli beg baharu.”

6. “Murid-murid sedang membuat kertas ujian”. Ayat yang betul ialah “Murid-murid sedang menjawab kertas ujian.”

 


Tatabahasa25.08.2021
Sama ada hari guru, hari kanak-kanak dan hari ibu ditulis dalam huruf besar? Terima kasih.Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Pekerja dieja dengan huruf besar.  Manakala hari kanak-kanak dan hari gotong royong dieja dgn huruf kecil kecuali ada unsur-unsur khusus spt Hari Kanak-Kanak Sedunia 2007 atau Hari Gotong-royong Taman Permai, barulah dieja dengan huruf besar.Tatabahasa22.12.2013
Selamat sejahtera, Ada dua soalan yang ingin saya ajukan: 1) Perlukah digunakan huruf besar untuk merujuk hari-hari tertentu?contohnya hari keluarga, hari kantin, hari terbuka dan sebagainya? 2) Ejaan guru besar perlu dieja dengan huruf kecil jika tidak disertai nama dan sebagainya. Tapi, bagaimana pula jika ayat seperti, "Saya ingin berjumpa dengan guru besar." Masih dieja dengan huruf kecilkah? Terima kasih.1. Huruf besar tidak perlu digunakan untuk hari kantin, hari keluarga dan hari terbuka kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Huruf besar digunakan apabila perkataan tersebut menjadi kata nama khas seperti Hari Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka dan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Ampang.

2. Perkataan guru besar dalam ayat yang diberikan dieja dengan huruf kecil. (Saya ingin berjumpa dengan guru besar.)
Ejaan25.04.2013
Selamat sejahtera. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah? 1. Hari guru / Hari Guru 2. Hari kanak-kanak / Hari Kanak-kanak 3. Hari kantin / Hari Kantin Saya telah rujuk khidmat nasihat yang dipamerkan tetapi telah menimbulkan kekeliruan. Terdapat ejaan yang berbeza dalam forum itu. Harap pihak tuan akan memberikan jawapan yang tepat. Terma kasih.

Frasa Hari Guru, Hari Kanak-kanak (Sedunia) dan Hari Kantin berfungsi sebagai nama khas sekiranya berganding dengan penerang nama khas dan huruf pertama dieja dengan huruf besar. Sekiranya frasa dalam ayat  umum biasa hari guru, hari kanak-kanak, hari kantin  ditulis dengan huruf kecil.

Ejaan08.09.2018
"Perkataan hari bila perlu ditulis dengan huruf besar?"Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan kebesaran, serta peristiwa bersejarah. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan Hari Wesak.Tatabahasa28.08.2013
apakah beza antara "Keesokan harinya", "Keesokan hari", "Hari esok" dan "Esoknya"? sekiranya wujud, apakah contoh penggunaan dalam sesebuah ayat? Terima KasihMengikut Kamus Dewan, "Keesokan Harinya" dan "Keesokan Hari" membawa maksud "Esoknya" iaitu hari selepas hari itu atau hari esok. Ketiga-tiganya betul dan merujuk makna yang sama.


Makna31.07.2021
Adakah ayat berikut sesuai untuk buku bacaan kanak-kanak? Hari ini hari Rabu. Hari ini ibu dan bapa cuti.Hari ini hari Rabu. Hari ini ibu dan bapa Ali bercuti.Tatabahasa23.08.2016
hari Deepavali atau Hari Deepavali? alasannya. TQ.Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan04.09.2012
Mana satukah yang betul? - Hari Malaysia - hari Malaysia - Hari Raya Aidilfitri - hari Raya AidilfitriEjaan yang betul ialah "Hari Malaysia" dan "Hari Raya Aidilfitri".Penyelidikan10.12.2015
hari Deepavali atau Hari Deepavali yang betul penggunaan huruf besar?Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan05.10.2012
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari-hari tolak bertimba,
     Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
198

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Hari tidak selamanya panas

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...