Kata |
Takrif |
Sumber |
harap putus (hilang) harap | berasa kecewa sama sekali, putus asa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harap | 1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = haraplah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ maklum; ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa; harapkan harap akan; ~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki); harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta; berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan mendapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mempercayai: maka dukacitalah ia sebab kehilangan orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak memperoleh, tidak berjaya (kecewa); harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharapkan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanyan orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; berharapan mempunyai harapan (yg besar); pengharapan hal atau perbuatan mengharapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harap-harapan | sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harap hati | hasrat hati (keinginan hati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harap cemas | bimbang (ragu-ragu, khuatir); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harap | keinginan utk mendapat sesuatu; keinginan atau hasrat supaya terjadi sesuatu. berharap ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu: Ibu bapanya ~ agar dia berjaya dlm peperiksaan itu. mengharapkan 1 berharap akan mendapat sesuatu atau berlakunya sesuatu; menghajati; mengingini: Dia tidak mahu mati di atas tilam, tetapi ~ mati syahid di medan perjuangan sbg pahlawan Islam. 2 percaya akan; menggantungkan nasib dll kpd: Memang orang itu tidak dpt diharapkan. terharap-harap selalu mengharapkan. harapan 1 orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2 hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. pengharapan perbuatan atau hal mengharapkan: ~ utk mendapat bantuan telah tidak ada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harap | keinginan utk mendapat sesuatu; keinginan atau hasrat supaya terjadi sesuatu. berharap ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu: Ibu bapanya ~ agar dia berjaya dlm peperiksaan itu. mengharapkan 1. berharap akan mendapat sesuatu atau berlakunya sesuatu; menghajati; mengingini: Dia tidak mahu mati di atas tilam, tetapi ~ mati syahid di medan perjuangan sbg pahlawan Islam. 2. percaya akan; menggantungkan nasib dll kpd: Memang orang itu tidak dpt diharapkan. selalu mengharapkan. harapan 1. orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2. hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. pengharapan perbuatan atau hal mengharapkan: ~ utk mendapat bantuan telah tidak ada. | Kamus Pelajar |
terharap-harap | selalu mengharapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
putus harap (harapan) | tidak mempunyai harapan lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terharap-harap | sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak memperoleh, tidak berjaya (kecewa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
so | I hope ~!, let us hope ~!, harap-harap begitulah, mudah-mudahan (begitulah); is that ~?, ya(kah)?, begitukah?, betul(kah)?: This fort was built in 1726. Is that ~?, Kubu ini dibina dlm tahun 1726. Yakah?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hopefully | adv 1. with hope, dgn penuh harapan: the hungry children looked at us ~, kanak-kanak yg lapar itu memandang kami dgn penuh harapan; 2. it is hoped, harap-harap: ~ it wont rain, harap-harap hari tdk hujan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sneak | ~ on so., (colloq) repot ttg (sso): lets hope he wont ~ on us, harap-harap dia tdk akan repot ttg kita pd cikgu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
morrow | n; the ~, (dated) besok, esok: let us hope that the ~ will bring good news, harap-harap esok akan membawa berita baik; on the ~, besok, esok: the boat sailed on the ~, perahu itu akan belayar esok. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
trust | 4. hope, expect, harap: I ~ that all went well at the meeting, saya harap segala-galanya berjalan dgn baik dlm mesyuarat itu; you will be able to join us, I ~, saya harap kamu dapat menyertai kami; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
despondent | adj putus /asa, harap(an)/; (of expression, look) spt orang yg berputus /asa, harap(an)/: he has been ~ since he lost his job, dia putus harapan semenjak dia hilang pekerjaannya; she had a ~ look about her, dia kelihatan spt orang yg berputus asa; /look, appear/ ~, kelihatan berputus /asa, harap(an)/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hope | vt (ber)harap: I ~ he will win, saya berharap dia akan menang; I ~ that you are well, saya harap kamu sihat; I ~ and pray that youll return safely, saya berharap dan berdoa agar kamu akan pulang dgn selamat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
perish | ~ the thought, harap janganlah: they plan to spend the weekend here, ~ the thought!, mereka merancang utk menghabiskan masa hujung minggu di sini, harap janganlah!; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wave | ~ goodbye to, (colloq) jangan harap: if you fail the exam you can ~ goodbye to your chances of going to college, kalau kamu gagal dlm peperiksaan, janganlah harap kamu dapat masuk kolej; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
whistle | ~ for st, (colloq) jangan harap [sso] mendapat sst balik: I owe him some money, but he can ~ for it, I have none now, saya berhutang dengannya, tapi jangan harap dia mendapatnya balik, krn pd masa ini saya tdk ada duit. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
anticipatory levirate | levirat harap | Sosiologi | Tiada | Tiada |
reliable yield | hasil boleh harap | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
effort to performance expectancy | harap usaha jaya | Pentadbiran | Tiada | Jangkaan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh akan membawa kejayaan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
senganah | harap; ~ naseng harap hati; putuih ~ putus harap; miyau ~ hilang harap; ~ gak harap akan, harapkan; | Melanau Mukah | |
harap | arep [arp] | Melanau Dalat | |
harap | putus harapan putus haapan. | kedayan | |
harap | harapan kecewa haapan kaciwak; | kedayan | |
harap | harapan haapan; | kedayan | |
harap | haap; | kedayan | |
arap | 1 = arapka 1 harap; berharap; harapkan: aku ~ iya datai saya harap dia datang: aku ~ seduai gerai saya harapkan kamu berdua baik; 2 percaya; percayakan: aku ~ anak aku ulih ngereja nya saya percaya anak saya dapat mengerjakan itu; | Iban | |
arep | harap | TETAW | |
harep | harap; | Melanau Mukah | |
arep | harap; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
harap-harap | [ha.rap.ha.rap] | هارڤ٢ |
harap-harapan | [ha.rap.ha.ra.pan] | هارڤ - هارڤن |
harap | [ha.rap] | هارڤب |
terharap-harap | [ter.ha.rap.ha.rap] | ترهارڤ - هارڤ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata harap-harap |
|
Puisi |
---|
|
Harap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap ke mari kepada tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.
Lihat selanjutnya... |
|