Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli.

Takrif

Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. kusa = besi penghalau gajah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bergantung tidak bertali.

Takrif

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bergantung sehasta tali.

Takrif

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Digantung tidak bertali.

Takrif

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hinggap saja bagai langau.

Takrif

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai duri dalam daging.

Takrif

Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti gajah dengan sengkalanya.

Takrif

Sesuatu hal yang menjadi gangguan. sengkala = pasung kaki atau tangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Angan lalu, faham tertumbuk.

Takrif

Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hinggap bak langau, titik bak hujan.

Takrif

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menghadapi jambar seorang-seorang.

Takrif

Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain. jambar = hidangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
hal
1. Bersinonim dengan perkara
( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan kejadian
( peristiwa, keadaan, situasi, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan sebab
( alasan)
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan tentang
( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berhal, mengehalkan,