Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya agak terkeliru dengan perkataan 'gusar' kerana selama ini setahu saya ia berkaitan dengan perkara-perkara yang memberikan gambaran risau, susah hati, dan sebagainya. Tetapi semasa saya merujuk kamus dewan, maksud gusar adalah berang, marah. Boleh encik komen.

Saudara,

Di dalam Kamus Besar yang sedang diusahakan penerbitannya oleh DBP, perkataan risau, susah hati dan sebagainya telah dimasukkan sebagai makna bagi perkataan gusar  selain makna berang dan marah.

Makna04.03.2010
SELAMAT PETANG, Harap dapat bantu saya. Yang manakah betul? 1) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara, atau 2) Hakim menjatuhkan peslah itu hukuman? DalaApakah makna gusar sebenarnya? Adakah bimbang atau marah? Terima kasihAyat yang betul ialah 1. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, gusar bermaksud berang atau merah.Tatabahasa18.06.2012
1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut

1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas.

2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan.

    bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya.

3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut.

Lain-lain09.09.2009
bas Maju Jaya atau Bas Maju Jaya? A1 atau 1A?(untuk peperiksaan SPM) eropah atau Eropah? si Riang atau Si Gusar? abang Ali atau Abang Ali?Yang betul ialah Bas Maju Jaya. A1 atau 1A perlu mengikut konteks sama ada bagi kategori yang ada A1 dan A2 atau bilangan A yang diperolehnya ialah 1A. Kata nama khas seperti Eropah, Abang Ali hendaklah ditulis awalannya dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis si gusar atau si riang.Ejaan06.11.2009
Kamala berasa ...... kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. Jawapan: gusar atau celaruAyat yang betul ialah, Kamala berasa celaru kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. - celaru bermaksud kacau-bilau (fikiran).Tatabahasa03.05.2010
MAKNA MARAHMarah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka.Makna19.10.2007
CARIAN MAKNA MARAH, MERADANGMarah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murkaMakna19.10.2007
Nak bertanya, berkaitan penggunaan betul kata sendi dalam ayat seperti berikut "pada *tarikh* hingga *tarikh*" atau "dari *tarikh* hingga *tarikh*, yang manakah betul? Dan jikalau ditulis tarikh dalam potongan ayat tersebut contoh perlukah tulis "pada/dari 26 November hingga 27 November 2018" atau "pada/dari 26 November 2018 hingga 27 November 2018", saya gusar adakah perlu diulangi tahun itu dalam penulisan ditakuti ia lewah dan tidak gramatis.Penggunaan yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah: ... dari 26 hingga 27 November 2018. Tarikh dalam bulan yang sama tidak perlu diulang.Tatabahasa16.09.2020
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gusar