Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Manakah yang betul?: 1. Guru-guru di sekolah-sekolah rendah. 2. Guru di sekolah-sekolah rendah. 3. Guru-guru di sekolah rendah.Frasa yang betul, "guru di sekolah-sekolah rendah" dan "guru-guru di sekolah rendah".Tatabahasa09.12.2014
ejaan yang betul bagi sebutan guru-guru besar atau guru besar-guru besarEjaan yang betul ialah guru-guru besar, bagi kata majmuk apabila dijamakkan hanya perkataan pertama digandakan.Ejaan15.08.2012
mana satu betul. sama ada guru - guru besar atau guru besar- guru besar?Frasa yang betul ialah guru-guru besar.Tatabahasa06.07.2012
Minta penjelasan daripada tuan tentang penggunaan kata ganda. Yang manakah betul? Guru-guru besar / Guru besar-guru besarFrasa yang betul ialah guru-guru besar.Tatabahasa17.10.2017
ingin mencari ketepatan antara "guru-guru besar" ATAU "guru besar-guru besar" dalam konteks jawatan panggilan jamakHanya kata pertama diulang. Oleh itu kata yang tepat ialah guru-guru besar.Tatabahasa03.04.2008
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar.Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri.Tatabahasa31.03.2010
Yg mana betul? 1. dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dengan guru-guru. 2. dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dan guru-guruFrasa yang betul ialah: dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dengan guru-guruTatabahasa30.08.2023
1. Muridmurid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. 2. Semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. kedua-dua ayat betul atau salah? kegunaan 'melibatkan diri' dan 'terlibat diri'?Ayat yang betul ialah "Semua murid dan guru terlibat dalam sambutan hari guru." Tatabahasa02.03.2017
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya kepada saudara@saudari. Antara berikut, yang manakah betul? 1)guru-guru dan rakan-rakan sekalian 2) guru-guru dan rakan sekalian 3) guru dan rakan sekalian Pendapat saya, yang betul ialah no 3. Hal ini adalah kerana sekalian telah membawa masuk jamak dan tidak memerlukan kata ganda di depannya. Walau bagaimanapun, pendapat daripada pihak saudara@saudari amatlah saya hargai. Terima kasih.Ayat no. 2 betul, no. 3 juga betul. Pendapat saudari benar, perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian. Ayat no. 2 betul kerana perkataan "sekalian" digandingkan dengan perkataan rakan, bukan guru-guru. Ayat no. 3 juga betul sekiranya dalam konteks majlis tersebut hanya seorang guru sahaja yang ada.Tatabahasa21.03.2013
"Antara guru yang hadir dalam bengkel itu termasuklah guru sejarah, guru kesusasteraan Melayu dan guru bahasa Melayu." Adakah "guru sejarah", "guru kesusasteraan Melayu" dan "guru bahasa Melayu" nama khas dan huruf pertama setiap perkataan perlu menggunakan huruf besar? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah guru Sejarah, guru Bahasa Melayu dan guru Kesusasteraan Melayu.Ejaan15.08.2011
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guru

Puisi
 

Dari mana mula dikejar,
     Rusa lari tepi perigi;
Guru mana tuan belajar,
     Cuba hadap sekali lagi.



Lihat selanjutnya...