Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Manakah ayat yang betul mengikut DBP? Contoh 1: ..dari segi atau daripada segi; Contoh 2: ..dari gred M41 ke gred M44 atau daripada gred M41 kepada gred M44?1. Penggunaan yang betul ialah ... dari segi dan ... daripada gred M41 kepada gred M44.Tatabahasa28.11.2019
'mengikut gred jawatan seseorang' atau mengikut Gred Jawatan seseorang'mengikut gred jawatan seseorang (gred jawatan bukan nama khas, tidak perlu ditulis dalam huruf besar)Lain-lain14.03.2011
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17/PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 bertaraf Sambilan untuk pengisian di DBP Cawangan Sabah dan Sarawak boleh dikemukakan sekarang. Dimaklumkan kami tidak mempunyai peruntukan jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S17 buat masa ini.Lain-lain09.05.2008
mana yang betul? 'Peningkatan gred dari DM45 ke DM51' atau 'Peningkatan gred daripada DM45 kepada DM51'Penggunaan yang betul: 'Peningkatan gred daripada DM45 kepada DM51'Tatabahasa05.05.2011
NAK TAHU TARIKH TUTUP DAN JUGA JAWATAN BAGI IKLAN DALAM LAMAN WEB GOV....Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Antaranya ialah jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1, Pengawal Keselamatan Gred KP11, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, Ahli Fotofrafi Gred B11 dan beberapa jawatan lain. Sila layari laman web kami dari masa ke masa atau lihat iklan kami dalam akhbar tempatan pada hujung minggu. Kebiasaannya permohonan jawatan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan.Lain-lain30.03.2008
Apakah terjemahan rasmi bagi penyataan baharu bagi keputusan dan penganugerahan gred peperiksaan STPM iaitu NGMP (Nilai Gred Mata Pelajaran)?Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Lain-lain01.12.2015
penggunaan perkataan "daripada" atau "dari". Contohnya. Puan Rohaya binti Ali, Pegawai Tadbir Gred N41 daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan. atau Puan Rohaya binti Ali, Pegawai Tadbir GN1 dari Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan.Penggunaan yang betul ialah daripada, Puan Rohaya binti Ali, Pegawai Tadbir Gred N41 daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan.Tatabahasa07.10.2021
Salam sejahtera, Bilakah keluar result IV Perancang Bahasa ya? Mohon update terkini. TkSalam sejahtera, keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel puan. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.07.2021
pihak KKM dalam urusan mengeluarkan Garis Panduan Pelantikan Pakar Perubatan Perunding. Mohon nasihat berkenaan gelaran berkenaan samada Pakar Perubatan Perunding atau Pakar Perunding Perubatan. tafsiran 1) Pakar Perubatan (Pra-warta) atau Medical Specialist (Pre-gazettement) bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta sedang menjalani proses pewartaan. 2) Pakar Perubatan atau Medical Specialist bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta telah dilantik dan diwartakan sebagai pakar perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 3. Pakar Perubatan Perunding atau Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama C atau mana-mana pakar perubatan yang telah diwartakan sebagai pakar perubatan untuk tempoh melebihi 10 tahun atau mana-mana pakar perubatan yang dilantik sebagai pakar perunding perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 4. Pakar Perubatan Perunding (Kanan) atau Senior Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama B ke atas.Merujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2022: Garis Panduan Penggunaan Gelaran Pakar Perubatan Perunding, istilah yang digunakan dalam surat pekeliling tersebut ialah "Pakar Perubatan Perunding". Oleh Itu, kami mencadangkan penggunaan istilah tersebut hendaklah diselaraskan dengan surat pekeliling yang telah dikeluarkan. Sekiranya ada perbahasan lain, perkara tersebut hendaklah diperhalusi oleh pihak yang berwenang, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.Istilah23.11.2022
Untuk membina ayat contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan memangku P.T.D. Gred M44 dengan bayaran elaun memangku. Soalan: Tolong maklumkan penggunaan perkataan manakah yang lebih sesuai: dengan bayaran elaun memangku atau dengan dibayar elaun memangku. Sekian. terima kasih.

Tuan,

Frasa ayat yang tepat ialah:

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai Penolong Setiausaha memangku P.T.D. Gred M44 dengan dibayar elaun memangku.....

Tatabahasa07.04.2009
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gred