Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ORANG KIWI

ORANG KIWI, pedagang antarabangsa yang giat berdagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 1511). Mereka adalah pedagang yang kaya-kaya dan dipercayai mempunyai kapal-kapal perdagangan yang besar. Kapal mereka boleh belayar mengharungi Laut China Selatan, Lautan Hindi, Laut Arab, perairan Melaka dan Kepulauan Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
PEBAS

PEBAS, persatuan bahasa dan sastera.  PEBAS ialah singkatan bagi Persatuan Bahasa dan Sastera Sarawak.  Persatuan ini ditubuhkan pada bulan September 1970 oleh Abang Norwawi Abang Abdul Rahman dengan sekumpulan penulis yang giat menulis dalam akhbar Utusan Sarawak.

BAHASAPersatuan
GERSON POYK

GERSON POYK ( 1931 -        ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 16 Jun 1931 di Namodale, Kota Baa, Pulau Rote, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Gerson Gubertus Poyk dan dalam penulisan, dia menggunakan tiga nama samaran iaitu Julia Haning, Bertus dan La Tirka Tar. Pendidikan tingginya ialah Sekolah Guru Atas di Surabaya dari tahun 1953 hingga tahun 1956. Sewaktu di sekolah Guru Atas inilah dia mula tertarik dengan bidang kewartawanan dan kesusasteraan. Di samping bertugas sebagai guru, dia giat menulis  cerpen yang disiarkan dalam akhbar dan majalah.

SASTERAInstitusi/Organisasi
DIALEK MELAYU BANJARDIALEK MELAYU BANJAR, dialek Melayu yang dituturkan oleh lebih kurang dua juta orang di Pulau Borneo, terutamanya di Propinsi Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur, serta beberapa ribu orang lain di Sumatera dan Malaysia. Selain jumlah penutur yang besar itu, banyak karya sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi dialek Banjar, misalnya Hikayat Banjar. Dialek itu juga diperkaya dengan tradisi sastera lisan yang masih berkembang dalam pelbagai genre. Akhir-akhir ini, sastera rakyat itu mula dikaji dan didokumentasikan. Begitu juga, sejak tahun 1977, para sarjana Indonesia giat menjalankan penyelidikan tentang tatabahasa dan penyebaran dialek Banjar.BAHASABahasa
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giat