Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Direktori Karyawan ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
2.bengkel cara-cara menjawab soalan atau bengkel cara-cara jawab soalan ? MUNSYI, SAYA PERNAH MEMBACA BUKU MUNSYI GHALIB BAHAWA HUKUMAN ROTAN, TAPAK BUANG SAMPAH, maka, saya kekeliruan sama ada betul untuk frasa "cara menjawab soalan" ? TKFrasa yang betul ialah "bengkel cara-cara menjawab soalan". Lazimnya kata dasar digunakan dalam arahan seperti "sila jawab soalan".Tatabahasa15.04.2012
Bolehx komplemen menjadi predikat?"Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah bahawa sekatan pergerakan penuh perlu dilaksanakan tanpa sebarang pengecualian." Ini contoh ayat yang diberikan oleh Cikgu Ghalib Yunus. Tapi ramai yg kata xboleh. Mohon penjelasan tuan.Ayat yang betul ialah Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah pelaksanaan sekatan pergerakan penuh tanpa sebarang pengecualian.Tatabahasa29.08.2021
Tuan/Puan,Saya mahu tanya satu soalan yang penting. Bolehkah Tuan/Puan memperkenalkan beberapa karangan yang terbaik kepada sayaTerima kasihPuan boleh merujuk buku berkaitan penulisan karangan seperti buku Petua Pintar Karangan Cemerlang, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017 dan buku Siri Pendidikan Bahasa: Cara Terbaik Menulis Karangan SPM, Abdul Ghalib Yunus, Alex Leong Jun Wei, Wong Hooi Mun, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019.Lain-lain21.06.2021
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat.Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya.  Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut.Sastera09.07.2018
Tajuk Soal: "Di satu pihak" atau "Pada satu pihak"? Selamat petang tuan DBP. Saya kurang pasti akan pemilihan antara dua frasa, "di satu pihak" atau "pada satu pihak". Satu ayat misal saya nukilkan daripada buku Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (2000) oleh Awang Sariyan: (1) Ertinya saya tidak menitikberatkan soal wujudnya golongan pengguna bahasa Melayu tinggi yang sekali gus membayangkan kelas menegah atau atasan di satu pihak dan golongan pengguna bahasa Melayu rendah yang terdiri daripada kelas bawahan di satu pihak. Adakah frasa "di satu pihak" tepat akan peraturan kata sendi? Setahu saya, kata sendi "di" digunakan untuk menunjukkan tempat sesuatu benda atau orang berada. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa "pada satu pihak" lebih ghalib digunakan orang marcapada, tetapi apakah rasional atau dasar di balik penggunaan itu? Penggunaan tersebut bersandarkan peraturan apa? Minta tuan tafsir soal ini.Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa14.08.2016
Soalan lain beritan dengan karangan Bagaimanakah menulis karangan yang lebih menarik Bolehkah saya tahu akan beberapa tip menulis karangan yang menarik
Untuk menghasilkan karangan yang lebih menarik, puan disarankan supaya membaca lebih banyak bahan bacaan ilmiah dan kerap membuat latihan menulis karangan. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang menarik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah, disokong dengan pembentukan ayat yang kreatif dan berkesan melalui kosa kata yang tepat, serta mempunyai pengetahuan tentang frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan kata-kata hikmah. 

Puan juga boleh merujuk buku berkaitan penulisan karangan seperti buku Petua Pintar Karangan Cemerlang, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017; buku Siri Pendidikan Bahasa: Cara Terbaik Menulis Karangan SPM, Abdul Ghalib Yunus, ALex Leong Jun Wei, Wong Hooi Mun, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019; Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma, Publications 2004; buku Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu, Marohaini Yusoff, Penerbit Universiti Malaya 2004.

Lain-lain14.01.2021
ISU PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN DAN KATA BILANGAN TANPA MENGIKUT PRESKRIPTIF.Soalan yang dikemukakan ini berbentuk tugasan kuliah. Saudari perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci untuk menyelesaikan soalan ini. Saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran untuk membuat penyelidikan atau merujuk buku dan makalah yang berkaitan. Sila layari laman web kami dan klik domain Buku atau  Artikel.      

Untuk pelajar dan orang awam yang berminat untuk membuat kajian boleh merujuk buku berkaitan tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat, seperti buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata: Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman, buku Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman dan buku Soal Jawab Bahasa, Abdul Ghalib Yunus. 

Untuk makluman saudari, buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat tentang isu bahasa, sila gunakan Buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan.
Tatabahasa12.12.2020
isu yang wujud dalam frasa nama. kesalahan yang sering dilakukan oleh seseorang berkenaan dengan frasa namaSoalan yang dikemukakan ini berbentuk tugasan kuliah. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci untuk menyelesaikan soalan ini. Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran untuk membuat penyelidikan atau merujuk buku dan makalah yang berkaitan. Sila layari laman web kami dan klik domain Buku atau  Artikel.      

Untuk pelajar dan orang awam yang berminat untuk membuat kajian boleh merujuk buku berkaitan tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat, seperti buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata: Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman, buku Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman dan buku Soal Jawab Bahasa, Abdul Ghalib Yunus. 

Untuk makluman saudara, buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat tentang isu bahasa, sila gunakan Buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan.

Tatabahasa12.12.2020
Bagaimanakah pelajar boleh menulis bahasa bervariasi dalam bahagian karangan Terima kasih,TUAN/Puan
Untuk menghasilkan karangan yang lebih menarik, puan disarankan supaya membaca lebih banyak bahan bacaan ilmiah dan kerap membuat latihan menulis karangan. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang menarik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah, disokong dengan pembentukan ayat yang kreatif dan berkesan melalui kosa kata yang tepat, serta mempunyai pengetahuan tentang frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan kata-kata hikmah. 

Puan juga boleh merujuk buku berkaitan penulisan karangan seperti buku Petua Pintar Karangan Cemerlang, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017; buku Siri Pendidikan Bahasa: Cara Terbaik Menulis Karangan SPM, Abdul Ghalib Yunus, ALex Leong Jun Wei, Wong Hooi Mun, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019; Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma, Publications 2004; buku Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu, Marohaini Yusoff, Penerbit Universiti Malaya 2004.

Lain-lain08.02.2021
Bangaimanakah saya boleh memastikan penggunaan kata dan struktur ayat saya dalam bahasa Melayu adalah betul & tepat?

Pelbagai kaedah boleh digunakan sebagai bantuan menentukan penggunaan kata dan struktur ayat bahasa Melayu antaranya

1.      1. Merujuk kepada laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP https://prpm.dbp.gov.my/ sebagai rujukan pantas.

2.      2. Merujuk kepada Tatabahasa Dewan sebagai rujukan yang lebih komprehensif.

 

Terdapat banyak buku mengenai perkara ini, antara yang dicadangkan ialah

1.      1. Sehari Sepatah Kata - Noresah Baharum

2.      2. Soal Jawab Bahasa – Abdul Ghalib Yunus

Lain-lain09.01.2022
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghalib