Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik? 2. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana dapat saya jimatkan tenaga elektrik? Ayat manakah yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik?". 
Tatabahasa22.05.2013
Salam, Saya ingin mendapatkan huraian bagi kemusykilan2 di bawah ini: 1) Kalau 'Hooray' diterjemahkan dalam bahasa Melayu menjadi 'Hore', bagaimana pula dengan 'Yay' yang menunjukkan reaksi gembira? 2) Perkataan 'teruja' atau 'ghairah' boleh digunakan untuk menunjukkan perasaan 'excited'. Jikalau ayat Inggeris berbunyi 'I felt so excited', apakah ayat bahasa Melayunya jikalau saya hendak menggunakan perkataan ghairah? Adakah 'Saya berasa ghairah' mencukupi? Pada pendapat saya, perlu diperluaskan ayat tersebut, menjelaskan kenapa ada perasaan sedemikian. Terima kasih kerana menyediakan wadah sebegini. Sekian, terima kasih.1. Perkataan "Yay" tidak terdapat dalam pangkalan data kami kerana perkataan ini merupakan perkataan bahasa Inggeris untuk menggambarkan perasaan gembira. Perkataan ini boleh ditukar kepada "yei" dalam bahasa Melayu dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan.
2. Ayat "Saya berasa ghairah" dan "Saya berasa teruja" boleh digunakan. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang sesuai, sama ada "ghairah" atau "teruja" bergantung pada konteks penggunaan ayat tersebut.
Ejaan21.08.2013
Salam bahagia, sesetengah pelajar begitu ghairah menggunakan kata 'rentetan' untuk mengungkapkan maksud 'ekoran' atau 'akibat' atau 'gara-gara' dalam penulisan karangan. Sudah berkali-kali saya merujuki Kamus Dewan untuk memastikan penggunaan kata itu betul kerana penggunannya begitu lelluasa sekali. Sebagai contohnya, "Penghidupan nelayan di negara kita terancam rentetan pencemaran laut." Ada pula menggunakan frasa 'rentetan itu' untuk membawa maksud 'sebagai akibatnya'. Contohnya, "Renteran iu, remaja ponteng sekolah dan berpelesiran di kompleks beli-belah." Adakah kata 'rentetan' sesuai dalam konteks kedua-dua kalimat tersebut? Sila berikan penjelasan agar semua pengguna bahasa Melalyu mendapat manfaat daripadanya. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Rentetan bermaksud deretan peristiwa atau bunyi. Penggunaan perkataan rentetan hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Dalam hal ini guru boleh memainkan peranan untuk membimbing pelajar menggunakan perkataan yang betul berdasarkan konteks ayat.Makna21.12.2016
Salam 1Malaysia, belakangan ini banyak pengguna bahasa Melayu yang begitu ghairah menggunakan frasa penanda wacana yang 'hebat-hebat' belaka. Antaranya frasa tersebut ialah marcapada ini, mutakhir ini, sedasawarsa ini, sedekad ini, dsb. Persoalan yang sering terlintas dalam gawang minda saya ialah adakah frasa-frasa ini betul dari segi morfologi mahupun semantik? Masalah ini saya utarakan kerana penerangan yang diberikan oleh munsyi-munysi dewan berkenaan dengan kemusykilan bahasa bukan sahaja menyalahi hukum semantik bahkan penggunaannya. Mengapakah pengguna-pengguna bahasa Melayu ditegur agar menggunakan frasa 'dewasa ini', pada masa sekarang, belakangan ini, ataupun akhir-akhir ini? Keleluasaan penggunaan frasa-frasa yang menyalahi hukum semantik bukan sahaja akan mencemari bahasa Melayu bahkan mencemari imej bangsa kita. Bahasa jiwa bangsa! Sekian untuk renungan bersama. Kay SevenMarcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. "dasawarsa" dan 'dekad' bermaksud masa sepuluh tahun, tidak perlu ditambah dengan awalan se- pada dekad dan dasawarsa. Penggunaan penanda wacana yang baik bergantung kepada situasi dan konteks ayat.Lain-lain05.02.2013
Perkataan "enthusiasm" merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud perihal bersemangat atau ghairah; semangat; keghairahan (Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu Edisi Kedua). Oleh itu, dalam penulisan bahasa Melayu perkataan "keghairahan" atau "bersemangat" boleh digunakan mengikut konteks penulisan tuan. Terima kasih atas maklumbalas, namun begitu saya masih keliru, adakah "antusiasme" boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia...kerana saya ingin menggabungkan altruisme, harmonisme dan antusiasme...seperti pada jawawapan persolan yang lepas...altruisme dan harmonisme boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia...tetapi bagaimana dengan "antusiasme"?Berdasarkan semakan kami, perkataan "enthusiasm" dipadankan dengan perkataan "bersemangat" atau "keghairahan" dan perkataan "antusiasme" tiada dalam data kami. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan "antusiasme" tidak digunakan dalam penulisan bahasa Melayu.Tatabahasa22.08.2023
Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinikApakaha pemenggalan suku kata perkataan:
1) syak - 1 suku kata  (tiada pemenggalan)
2) syampu - 2 suku kata [syam + pu]    
3) syabas  - 2 suku kata [sya + bas]
4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an]
5) syiling - 2 suku kata [syi + ling]
 6) syarikat  - 3 suku kata [sya + ri +kat]
7) syer  - 1 suku kata (tiada pemenggalan)
8) khabar  - 2 suku kata [kha + bar]
9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah]
 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah]
11) klinik - 2 suku kata [kli + nik]
Tatabahasa07.06.2017
Adakah antusiasme boleh digunakan dalam penulisan bahasa Malaysia yang merujuk kepada bersemangat?Perkataan "enthusiasm" merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud perihal bersemangat atau ghairah; semangat; keghairahan (Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu Edisi Kedua). Oleh itu, dalam penulisan bahasa Melayu perkataan "keghairahan" atau "bersemangat" boleh digunakan mengikut konteks penulisan tuan.Lain-lain20.08.2023
Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung

Encik Badarul,

Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat.

 

Ejaan28.12.2010
Assalamualaikum w.t.b dan salam 1Malaysia tuan/puan. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang bahasa khususnya bahasa Melayu dan khuatir ilmu bahasa yang pernah dipelajari di peringkat STPM dahulu hilang begitu sahaja. Saya dan seorang lagi rakan sebaya serta dibimbing oleh para guru bahasa Melayu yang berpengalaman luas dan bidang pendidikan dan bahasa Melayu mula mengambil tindakan dengan mula menubuhkan sebuah pusat bahasa Melayu yang dinamakan sebagai "Klinik Bahasa Melayu". Kami baru sahaja menubuhkannya pada bulan ini (Mac). Soalan pertama, pihak DBP ada atau tidak mengeluarkan sijil pengiktirafan atau sijil kebenaran untuk kami mengajar bahasa Melayu supaya ia selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh DBP. Kami sedia untuk mengambil peperiksaan untuk menguji tahap ilmu bahasa Melayu kami supaya kami yang bertindak sebagai "doktor" bahasa Melayu tidak tersalah "mengubati" pengguna bahasa Melayu. Fokus kami adalah untuk membantu pengguna bahasa Melayu agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul khususnya bagi para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dan kami begitu ghairah untuk mengambil peperiksaan khas sekiranya pihak DBP mahu mengadakannya. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, DBP belum pernah memberikan pengiktirafan atau pengakreditasian program bahasa yang dilaksanakan oleh pihak luar. Dalam membantu DBP melaksanakan pelbagai program kebahasaan, DBP mempunyai sekumpulan pegawai yang diiktiraf untuk membantu DBP, iaitu Munsyi Dewan. Kumpulan ini dipilih setelah melalui ujian pemilihan yang disyaratkan oleh DBP. Untuk maklumat lanjut tentang program Munsyi Dewan, bolehlah hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di talian 03-21479222 atau e-mel aisah@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus anjuran DBP pula, boleh hubungi Ketua Akademi DBP, Dr. Amran Joned di talian 03-21479779 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain22.03.2015
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya.Istilah11.11.2010
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghairah