Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
STYX

Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib

dalam mitologi Yunani dan Rom. Styx ialah

perkataan Yunani yang bermakna terkutuk. Charon,

seorang pendayung sampan, sering kali

diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang

telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa

mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai

suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah

tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan

menghabiskan masa selama sembilan tahun di

Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib.

Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di

kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai

Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir

terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus

masuk ke Alam Ghaib.

Lihat juga Charon; Hades; Tartarus.

UMUM
ANUBIS

Anubis adalah tuhan alam ghaib yang penting di

kalangan orang Mesir purba. Pusat ibadatnya yang

utama ialah di Kynopolis, yang bermaksud Bandar

Anjing di Yunani. Oleh sebab anjing atau serigala

merupakan haiwan sucinya, Anubis sering kali

digambarkan sebagai anjing atau serigala yang

sedang mendekam. Fungsinya dikaitkan dengan

Osiris, ketua tuhan alam ghaib, dan Thoth,

pembantu Osiris. Tugas Anubis ialah menghadiri

upacara ritual mempersiapkan mayat, menimbang

hati setiap orang dengan neraca keadilan, dan

mengadili perbuatan baik dan jahat seseorang di

dunia ini. Lihat juga Mitologi; Osiris; Thoth.

UMUM
LETHE

Lethe ialah satu daripada lima batang sungai

di alam ghaib dalam mitologi Yunani dan Rom.

Sungai-sungai ini bertindak sebagai sempadan

antara alam nyata dengan alam kematian.

UMUM
OSIRIS

Osiris ialah dewa kesuburan orang Mesir yang

menjadi ketua dewa alam ghaib. Dia biasanya

digambarkan sebagai mumia manusia yang

berjanggut dan berkulit hijau atau hitam. Dia

memegang tongkat gembala berkelok dan cemeti

serta memakai mahkota putih berbentuk kon dengan

bulu burung unta terselit di kedua-dua belah sisinya.

UMUM
USULUDDINIlmu yang membicarakan tentang akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat, syurga, neraka, serta qada' dan qadar.AGAMADisiplin Ilmu
OKULTISME

Okultisme ialah istilah yang merujuk kepada

pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan

ilmu ghaib atau kuasa di luar dunia tabii. Okultisme

meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir, dan

spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang

mati berkomunikasi dengan orang yang hidup.

Orang yang mempercayai okultisme menganggap

bahawa ia berasaskan ilmu halus yang tidak

dimiliki oleh orang biasa.

UMUM
PERAMALAN

Peramalan ialah amalan mencuba mengenal

pasti peristiwa yang tidak diketahui melalui cara

magik atau ghaib. Seorang peramal dianggap

dapat mempelajari tentang masa lampau, masa

kini, atau masa depan. Sesetengah peramal

percaya mereka boleh tahu sebab-musabab

berlakunya kejadian masa lalu, seperti penyakit

atau kematian seseorang. Peramal lain, dikenali

sebagai dowser, mendakwa mereka boleh

menentukan tempat air berada di bawah tanah.

Malah ada yang percaya mereka boleh

meramalkan peristiwa, seperti bila seseorang akan

meninggal dunia atau orang yang akan dikahwini

oleh seseorang itu.

UMUM
SHAMAN

Shaman ialah seseorang yang dianggap

memiliki kuasa tertentu yang didapati daripada

hubungan terus dengan kuasa ghaib, biasanya

dalam mimpi atau bersawai. Istilah ini berasal

daripada perkataan Mongolia, tetapi manusia di

banyak kawasan mempunyai Shaman yang

dipercayai boleh menghalau roh jahat atau

membawa kebaikan terutamanya dengan merawat

penyakit. Shaman ditemui dalam kalangan orang

Eskimo, Maori, Mongolia, Polinesia dan

sebagainya. Orang Asli Amerika turut mempunyai

kepercayaan yang sama (lihat Orang Asli Amerika

[Orang Shaman ]).

    

UMUM
NATURALISME

Naturalisme, dalam kesusasteraan, ialah

percubaan untuk menerapkan teori dan kaedah

saintifik ke dalam penulisan imaginatif. Ahli

alamiah memberi tumpuan kepada dunia fizikal

untuk menyingkirkan benda ghaib. Naturalisme

berkembang pada akhir tahun 1800-an dan awal

tahun 1900-an, dan menjadi paling penting dalam

novel dan drama.

UMUM
SEWANG

SEWANG, upacara amal yang bersifat kolektif yang diadakan oleh suku kaum Orang Asli  daripada rumpun Senoi dan Semang sempena dengan sesuatu kejadian atau peristiwa penting dalam masyarakat berkenaan.  Sewang berkait rapat dengan kepercayaan animistik suku kaum Senoi dan Semang tentang pentingnya manusia menjalinkan hubungan yang harmonis dengan makhluk ghaib demi menjamin kesejahteraan sosial dan rohaniah ahli masyarakat.  Menurut kepercayaan mereka, sungguhpun makhluk ghaib itu boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan manusia, mereka juga dapat menolong manusia.  Upacara sewang diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan  makhluk-makhluk ghaib.  Melalui sewang, orang Senoi dan Semang menyatakan yang mereka sentiasa mengingati, menghormati dan berterima kasih kepada makhluk ghaib, khususnya para gunig, atas bantuan dan perlindungan yang telah diberikan.

BUDAYAPerayaan/Upacara
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghaib

Puisi
 

Kelip-kelip kusangka api,
     Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?



Lihat selanjutnya...