Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah saya bertanya ada tak atau apakah makna "kepercayaan alam ghaib" atau "supernatural belief" menurut Dewab Bahasa dan Pustaka. Kalau tiada apakah maksud "supernatural belief" dalam Bahasa Melayu? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, frasa kepercayaan alam ghaib boleh ditakrifkan sebagai mempercayai, meyakini, atau menerima alam ghaib sebagai benar. Alam ghaib ditakrifkan sebagai alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia (Kamus Pelajar). Takrif yang diberikan ini merupakan takrif dalam bahasa Melayu. Anda boleh membuat kajian melalui buku-buku sekiranya ingin mengetahui kepercayaan ghaib orang/bangsa Melayu. | Makna | 27.07.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat satu istilah yang sering diguna pakai dalam tulisan cereka sains inggeris iaitu "teleportation" atau "teleport" sebagai kependekan. Konsep "teleportation" adalah untuk memindah sesuatu, objek atau benda hidup, dari satu tempat ke tempat yang lain (merentasi ruang dan masa) dalam kadar segera, tidak sampai sesaat. Bolehkah saya menterjemahkan istilah tersebut kepada "ghaib muncul" kerana jika diperhatikan filem cereka sains, apabila menggunakan "teleportation machine", benda atau orang itu akan ghaib dari tempat asalnya dan muncul di lokasi pilihan? Jadi, saya rasa istilah - istilah seperti "teleportation machine", "ability to teleport" dan "teleported" boleh diterjemahkan sebagai "mesin ghaib muncul", "kebolehan untuk ghaib muncul" dan "dighaibmunculkan". Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut; 1. teleportation machine - mesin teleportasi 2. ability to teleport - kebolehan/kemampuan/keupayaan teleportasi 3. teleported - diteleportasikan | Istilah | 18.07.2016 |
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta? | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat. | Tatabahasa | 14.02.2019 |
Anggun's Literature SEL 12.32 PAGI Salam. Boleh saya tahu maksud pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. Saya sudah membuat carian di google, tapi masih belum dapat jawapan. T.kasih | Pantun merupakan karya sastera bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam masyarakat nusantara sejak dulu kala. Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Pembaca memiliki kebebasan dalam menganalisa dan memahami sesuatu karya sastera terutamanya pantun. kadang-kadang satu rangkap pantun saja boleh menyampaikan mesej yang pelbagai mengikut pemahaman pembaca. Berdasarkan rangkap pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. salah satu cara menafsirkannya ialah dengan melihat kata kunci maksud pantun tersebut "mati" dan "kubur" yang pada umumnya mengungkapkan tentang manusia. Pantun ini boleh saja ditafsirkan sebagai bidalan dan perumpamaan kepada perhubungan individu dengan individu lain (saudara/sahabat) yang sudah sekian lama terpisah dan terputus hubungan sehingga tidak dapat diketahui individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal. | Lain-lain | 30.05.2017 |
MAKSUD PERKATAAN KASYAF | Kasyaf berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud (berkenaan ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. | Makna | 23.06.2009 |
Apakah sumber yang boleh dirujuk untuk memeriksa fonetik atau bunyi sebutan gugusan konsonan terutamanya perkataan khusus, khas, khalifah, khaligrafi,khat, ghaib dan lain-lain. terima kasiah | Sumber yang boleh dirujuk ialah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 24.09.2020 |
Saya sedang membuat terjemahan buku cerita bahasa Inggeris bertajuk Alice in Wonderland. Apabila diterjemahkan, tajuk buku itu akan menjadi Alice di Alam Ghaib. Soalan saya, bagaimanakah pembahagian suku kata untuk perkataan Alice itu? | Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Lazimnya pemenggalan suku kata perkataan dalam bahasa Melayu sahaja. | Tatabahasa | 12.09.2018 |
ERTI PERKATAAN MAGIS | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, magis bermaksud luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib:Contoh ayat, kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~. | Lain-lain | 01.06.2010 |
syirik, tahyul,khurafat | Menurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul. | Makna | 02.10.2007 |
Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin. Apa makna perkataan mantra. | Dalam istilah puisi mantra sama dengan mantera iaitu kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib. | Makna | 25.10.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghaib |
|
Puisi |
---|
|
Kelip-kelip kusangka api, Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya?
Lihat selanjutnya... |
|