Kata |
Takrif |
Sumber |
gerimis | 1 tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2 = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gerimis | hujan rintik-rintik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerimis | 1. tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2. = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus. | Kamus Pelajar |
rabas | Mn 1. air yg menitik dr daun sesudah hujan; hari ~ hari gerimis; hujan ~-~ hujan rintik-rintik, gerimis; 2. bertitikan (air, air mata, dll), berjatuhan, berguguran, berluruhan (buah-buahan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujan gerimis (renyai, rintik-rintik) | hujan yg menitik halus-halus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hujan gerimis | hujan yg menitik halus-halus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hujan gerimis | = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujan gerimis | hujan rintik-rintik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujan renai-renai | gerimis, hujan renyai-renyai, hujan rintik-rintik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renai | Mn; hujan ~-~ gerimis, hujan renyai-renyai, hujan rintik-rintik; ® renyai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
drizzle | n hujan /renyai-renyai, rintik-rintik, gerimis, rebas/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drizzling | adj 1. (of rain etc) renyai-renyai, rintik-rintik, gerimis, rebas; 2. see DRIZZLY (sense 2.). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drizzly | adj 1. in the form of drizzle, rintik-rintik: light, ~ rain was falling, hujan rintik-rintik sedang turun; 2. (of weather) gerimis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
inversion | kebalikan | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembentukan dan susunan subjek dan predikat sesebuah kalimat. Dalam kes kebalikan, penyair mendahulukan bahagian predikat, misalnya 'Telah tumpah' kemudian baharu diikuti dengan subjek, 'Gerimis' petikan dari 'Telah tumpah gerimis' dari puisi "Bunga Gerimis" karya Siti Zainon Ismail. |
lampoon | lampun | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang isi atau amanat yang disampaikan oleh penyairnya penuh dengan unsur dan nada sindiran. Contohnya, pantun empat kerat dalam Bunga Gerimis susunan Dharmawijaya di bawah. Berbunga lebat pohon rambutan, Hinggap tempua berjuntai kaki; Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di bumi. |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menonjolkan citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang aman dan tenteram. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" dalam antologi Bunga Gerimis karya Darma Mohamad. Rumah kecil menganugerahkan damai terasa basah dan sejuknya udara berkisar antara gunung dan bukit negara menjadi tunjang kenikmatan dan sejahtera |
repetition | perulangan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini |
hyperbole | hiperbola | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan. Penggunaan gaya ini bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contohnya, petikan dari puisi "Erang (2)" dalam antologi Bunga Gerimis karya Azmi Yusoff. mengais impian hanyir segenap ceruk kota menyudu igauan hancing di setiap pelosok bandar raya |
logaoedic | puisi prosa | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang pengucapan pemikirannya tidak terlalu terikat oleh ciri-ciri penciptaan sesebuah puisi. Pengarangnya hanya memenggal-menggal sesuatu pemikirannya dalam baris-baris dalam rangkap yang dibinanya. Contohnya, dalam antologi Bunga Gerimis karya Ahmad Sarju. Sinonim logaoedik. seperti jarum yang berputar ke suatu sudut dan arah mengumpul segala rahsia memulakan suatu perjalanan. |
abecedarian | abecedarian | Kesusasteraan | Tiada | Huruf pertama pada setiap baris puisi yang berurutan mengikut susunan abjad. Contoh: Aku kembali Bawa rasa duka Cuma dengan rindu Duka mencucuk jiwa Entah di mana Fahamku tidak keruan Gugur bak gerimis Hingga basah di rumput diri. (Sumber : sajak Menunggu Waktu karya Arbak Othman (2017) |
allusion | alusi | Kesusasteraan | Puisi | Ragam atau jenis bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, baris 'Kejujuran Abu Bakar' iaitu petikan daripada puisi "Dua Pesanan untuk Anak" dalam antologi Bunga Gerimis karya Moechtar Awang. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kejujuran seperti pada watak Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. |
pameo | pameo | Kesusasteraan | Puisi | Hasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nada nada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk! |
conflict | pertikaian | Kesusasteraan | Puisi | Pertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
gerimis | siab [siyab] | Melanau Dalat | |
riit, riit-riit, ria-riit | gerimis, rintik-rintik: ujan ~ hujan gerimis. | Melanau Mukah | |
hujan | ~ gerimis hujan anyai-anyai; | kedayan | |
berai | gerimis, renyai-renyai, rintik-rintik. | Melanau Mukah | |
berih berih | gerimis | TETAW | |
ujan | hujan; ~ batou hujan batu, hujan ais; ~ bungaih hujan ribut; ~ daba-dabou hujan abu; ~ jed hujan lebat; ~ menyeraheang hujang panas; ~ pebiah (~ duba-dubuk betekeah) hujan lalu, hujan lari, hujan halau; ~ ria-riit hujan gerimis, hujan renyai, hujan rintik | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb bāz, shāhīn( نيهاش ،زاب )bāzār( رازاب )bāzjū( وجزاب )bāzres, nāẓer( رظان ،سرزاب )bāzargān( ناگرزاب )bāz kardan( ندرک زاب )bāz neshastegī( ىگتسشنزاب )bāzī( ىزاب )bāzī kardan( ندرک ىزاب )bāzīkon( نکيزاب hujan gerimis hujan pengangkut barang menghujani sempit buka helang pasar penyiasat penyelia, nazir saudagar membuka bersara main bermain pemain drizzle rainy porter to rain narrow open hawk, eagle market inspector inspector merchant
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
gerimis | [ge.ri.mis] | ݢريميس |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
hujan gerimis | drizzle | بارانخفيف | bārān-e khafīf |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerimis |
|
|