Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
GERAKAN KIRI INDONESIAGERAKAN KIRI INDONESIA, gerakan politik Indonesia yang bermula pada awal abad ke-20. Menurut Lenin, pemimpin revolusi komunis di Rusia, gerakan kiri Indonesia ialah revolusioner yang didukung oleh rakyat Jawa dan di kalangan mereka lahir suatu gerakan Islam nasionalis. Gerakan tersebut juga didukung oleh kelompok cendekiawan yang lahir daripada perkembangan kapitalisme. Antara organisasi yang terlibat dalam gerakan ini termasuklah Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PKI), Parti Nasional Indonesia (PNI), Parti Indonesia Raya (Parindra) dan Gerakan Rakyat Indonesia (Gerindo).SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GERAKAN PEMBEBASAN INDIAUMUM
GERAKAN PEMBAHARUANUMUM
GERAKAN OXFORDUMUM
GERAKAN FEMINISMEUMUM
GERAKAN SENI DAN KRAFPergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina.  Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika.  Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian.KEJURUTERAANPeristiwa
MOTT, LUCRETIA COFFIN

Mott, Lucretia Coffin (17931880) ialah ketua

gerakan antihamba dan gerakan memperjuangkan

hak wanita di Amerika Syarikat. Mott membantu

menubuhkan dua kumpulan antihamba. Dia

bersama-sama Elizabeth Cady Stanton, tokoh

pembaharuan, menganjurkan mesyuarat negara

yang pertama mengenai hak wanita.

UMUM
GERAKAN BROWN

Gerakan Brown, gerakan zarah pepejal secara rawak dan berterusan di dalam cecair atau gas yang disebabkan perlanggaran molekul cecair atau gas dengan zarah pepejal tersebut secara berterusan.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN

Mesin gerakan berpanjangan ialah alat

hipotetikal yang boleh secara berterusan

menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara

berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya

kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan

lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya.

Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin

gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli

sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang

akan berjaya membinanya.

UMUM
GERAKAN PADRI

GERAKAN PADRI, gerakan reformasi Islam secara radikal di Minangkabau pada awal abad ke-19. Gerakan Padri atau Pidari yang ertinya mungkin orang dari Pidie, mempunyai tiga tujuan iaitu berusaha mengadakan pembaharuan kehidupan keagamaan, penyebaran Islam ke Tapanuli Selatan dan penentangan terhadap kekuasaan Belanda. Gerakan parti dapat dikategorikan dalam tiga tahap, iaitu reformasi Islam dan konflik sosial (1803-1821), campur tangan Belanda dan perang saudara (1821-1832) dan penentangan rakyat terhadap Belanda (1833-1841).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerakan