Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Gerakan "Freemason"Sila jelaskan soalan saudara. Walau bagaimanapun, gerakan freemason bermaksud gerakan ahli pertubuhan rahsia (disebut Free and Accepted Masons) yang berikrar untuk menjalinkan persaudaraan dan sikap saling membantu antara sesama ahli dan menggunakan lambang tertentu untuk mengenali antara satu sama lain.Lain-lain05.06.2009
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih.Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara.Lain-lain08.01.2009
Gerakan menyelamat /penyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan yang manakah sesuai digunakan dan mengapa?Gerakan menyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan menyelamat merujuk kepada perbuatan, manakala penyelamat ialah orang yang menyelamat.Tatabahasa05.03.2012
Bolehkan penggunaan `dipelopori oleh' digantikan dengan `dipeloporkan oleh' dalam ayat `Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan.' Terima kasih.Ungkapan 'dipelopori oleh' dalam ayat 'Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan' tidak boleh digantikan dengan 'dipeloporkan oleh' kerana akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif (tempat atau orang).Tatabahasa15.08.2007
Salam sejahtera. Apakah daftar istilah untuk "Resistance Movement" (merujuk kepada pergerakan menentang penjajah atau penceroboh)? Adakah "Gerakan Tentangan" boleh digunakan? Sekian, terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi Resistance Movement ialah gerakan tentanganMakna30.06.2020
Ayat tersebut betul atau salah... 1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. 2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu. 3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya.1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu.
3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya.
Ayat 1 dan 3 betul, manakala ayat 2 kurang tepat.
Tatabahasa27.10.2014
jENIS frasa dalam ayat: Gerakan mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu bukan baru.G"erakan mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu bukan baru" ialah frasa nama.Tatabahasa05.11.2014
Mohon jasa baik tuan yang bijaksana semak penggunaan tanda petik dalam ayat ini. Betulkah begini?: Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku'?"Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku?'"Ejaan02.11.2011
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) cultural infusion between the north and south pengharmonian budaya @ penerapan / asimilasi budaya antara bahagian utara dengan bahagian selatan?? (2) artistic conception @ artistic mood - konsepsi artistik?? (3) put oneself into others shoes memikirkan dari sudut orang lain?? (4) Classical Prose Movement Kempen / Gerakan Prosa Klasik @ Kempen/gerakan reformasi susastera?? (5) modes of ancient Chinese music - mod muzik China purba? (6) literary creation penciptaan karya sastera @ pengkaryaan sastera? (7) conditions for life syarat kehidupan? Keadaan kehidupan? Keperluan kehidupan? (8) great man insan yang hebat/ unggul/ terpuji/ mulia @ personaliti unggul? (Great man di sini merujuk kepada seseorang yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai aspirasi yang jitu, jujur dan lurus serta mengamalkan cara hidup yang ringkas dan sederhana) Terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. cultural infusion between the north and south: pemaduan budaya utara dan selatan

2. artistic conception: konsepsi seni/konsepsi artistik

3. artistic mood: suasana seni/suasana artistik

4. put oneself into others’ shoes: meletakkan diri pada situasi orang yang berkaitan 

5. Classical Prose Movement: Gerakan Prosa Klasik

6. modes of ancient Chinese music: mod muzik China purba 

7. literary creation: penciptaan karya sastera 

8. conditions for life: keadaan kehidupan

9. great man: insan hebat/insan unggul 



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna30.07.2021
Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Saya ingin menyemak penggunaan ayat berikut: "Pengaruh Ibnu Rushd Terhadap Gerakan Intelektual Eropah Dalam Era Renaisans" Adakah penggunaan perkataan "dalam" adalah tepat? Terima kasih.Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Penggunaan perkataan 'dalam' tersebut adalah tepat kerana 'dalam' juga boleh merujuk pada waktu tertentu. 'Waktu tertentu' yang dimaksudkan dalam soalan encik ialah Era Renaisans. Penggunaannya adalah tepat. Sekian, terima kasih.Tatabahasa09.12.2017
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerakan