Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Walaupun lutut rasa gementar, Kerana diburu berpacu pulang; Walaupun perut sudah lapar, Kerana malu mengaku kenyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang dipindang ikan, yang dibakar daging; Yang dipegang tangan, Yang gementar keting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu membeli tali seluar, Banyak mulut turut mengusut; Baru berdiri kaki gementar, Hendak duduk buntut berbisul.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walau laut berombak besar, Kerana janji bertolak juga; Walau lutut sudah gementar, Kerana laki dipeluk juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengapa kakinya menjadi pengkar, Tertumbuk ke besi pemagar rumah; Mengapa lakinya jadi gementar, Menengok bininya sebesar gajah null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Alangkah sayu hati di dalam, Mendengar guruh dayu-mendayu; Abang merayu siang dan malam, Gementar tubuh menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berebut beruk lari ke padang, Lari dikejar si ular sawah; Takut menengok bini meradang, Kaki gementar celana pun basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang lambat tentu terlambat, Hendak berlari kaki pengkar; Jambang lebat bulu pun lebat, Banyaklah isteri lari gementarKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gagak hinggap di dahan kayu, Suaranya kuat dahan bergetar; Hendak bercakap lidahku kelu, Hendak mengurat tangan gementar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gementar