Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih.Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai.Tatabahasa22.05.2013
Tuan, yang manakah paling tepat (Bobo dan Gebu adalah kucing): a) Bobo berkelahi dengan si Gebu b) Bobo berkelahi dengan Si GebuJawapan yang betul ialah Bobo berkelahi dengan si Gebu.Tatabahasa16.07.2013
Salam sejahtera. Material: Fluff cotton - BM translation into Bahan: Gebu kapas? Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Bahan: Kapas Gebu"Penyemakan dan penterjemahan21.06.2023
i)apakah perbezaan menjinjing dgn membimbit. ii)perkataan yang sesuai untuk agar-agar ialah gebu atau lembutMakna bagi kedua-dua perkataan tersebut adalah sama. Maksudnya ialah membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Perkataan yang sesuai bagi agar-agar ialah lembut. Harap maklum.Makna18.08.2007
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman?

Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada  boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman.

Monolog (disuarakan) Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan, bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan.

Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu, detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu.

Sastera26.07.2012
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gebu