Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
NOMBOR GANJIL

Nombor ganjil ialah integer yang menepati mana-mana syarat berikut:

 (i)  tidak boleh dibahagi dengan nombor 2 (ada baki nombor dihasilkan selepas pembahagian), atau

MATEMATIKKonsep
KODOK SURINAM

Kodok Surinam ialah kodok berbentuk

ganjil yang terkenal kerana cara luar biasa ia

membesarkan anaknya. Ia dinamakan sempena

nama Surinam, sebuah negara di timur laut

Amerika Selatan, di tempat ia mula-mula ditemui.

UMUM
PAPAN LAPIS

Papan lapis ialah bahan binaan yang biasanya

dibuat daripada lapisan kayu nipis yang ganjil

bilangannya yang telah digam bersama.

UMUM
KUMBANG RUSA JANTAN

Kumbang rusa jantan ialah nama bagi famili

kumbang, yang sesetengah kumbang jantannya

mempunyai tanduk besar yang ganjil.

UMUM
RIPLEY, ROBERT LEROY

Ripley, Robert LeRoy (18931949) ialah

pelukis kartun Amerika Syarikat yang termasyhur

di seluruh dunia dengan panel kartunnya yang

dikenali sebagai Believe It or Not. Panel ini

mengesahkan keanehan dan faktor yang ganjil

dalam peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Di

puncak kepopularannya, jumlah pembaca Believe

It or Not dalam akhbar harian dianggarkan 80 juta

orang. Rencana itu juga mengandungi bahan

untuk syarahan, serta kehadiran Ripley sendiri

dalam pertunjukan di radio dan televisyen, buku,

filem, dan muzium.

UMUM
SITWELL, DAME EDITH

Sitwell, Dame Edith (18871964) ialah pemuisi,

pengkritik dan penulis biografi Inggeris. Dia

menjadi salah seorang sasterawan yang paling

kontroversi pada zamannya kerana puisi

eksperimennya yang biasanya kabur dan gaya

hidupnya yang ganjil. Sitwell terkenal kerana

pakaiannya yang menarik perhatian, antaranya

topinya yang luar biasa, jubah Zaman Pertengahan,

dan barang kemas yang sangat besar saiznya.

UMUM
DINESEN, ISAK

Dinesen, Isak (18851962) ialah nama pena

Baroness Karen Blixen-Finecke, pengarang

Denmark yang menulis dalam bahasa Inggeris dan

bahasa Denmark. Karya-karyanya membicarakan

manusia dan situasi yang aneh, tidak

munasabah dan ganjil.

UMUM
SURAH AL-FAJR

Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan

surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.

Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah

S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia

menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu

juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan

10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah,

dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil

seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang

genap dan yang ganjil.

(Surah al-Fajr 89:13)

UMUM
SMOLLETT, TOBIAS GEORGE

Smollett, Tobias George (17211771) ialah

salah seorang penulis novel awal Inggeris yang

hebat. Novelnya yang disampaikan secara tidak

teratur menceritakan kisah lucu dan kadangkala

lucah yang berlaku dalam kehidupan watak utama.

Novelnya dibaca kerana watak ganjil, satira sosial

yang getir, dan semangat lucunya yang meluas.

UMUM
RANGKAP BEBAS

Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak

mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi.

Dalam penulisan rangkap bebas, penyair

mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola

irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan

panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan

bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan

menggunakan tempat berhenti yang ganjil di

penghujung setiap rangkap. Mereka juga

menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan

skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap

bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap

menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi

dan ulangan.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil