Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Matematik Untuk SekolahBahasa Sukuan Bajau
Kata Takrif Sumber
tingkah Iperbuatan yg ganjil-ganjil atau yg tidak patut: banyak ~ banyak ragam; ~ laku kelakuan atau gerak-geri. bertingkah 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tingkah Iperbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam: ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marah­nya tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ ber­laku tidak wajar; ~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya; bertingkah 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertingkah1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertingkah1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tidak-tidak(yg) bukan-bukan, (yg) ganjil-ganjil (mustahil, tidak dapat diterima akal, dll): terbitlah berbagai-bagai perkataan yg ~, yg boleh membingungkan dan menyusah­kan hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertingkah1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~.Kamus Pelajar
tinggung; bertinggung1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~.Kamus Pelajar
ganjil1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat; keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban.Kamus Dewan Edisi Keempat
witirAr ganjil (bilangan); sembahyang ~ sembahyang sunat yg bilangan rakaatnya ganjil dan dikerjakan antara selepas sembah­yang isyak dgn waktu subuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganjil1 sentiasa berlebih satu apabila dibahagikan dgn dua (ttg angka); tidak dpt dibahagikan dgn angka dua dgn tepat (tidak berlebih); tidak genap: 1, 3, 5, 7 dan 9 semuanya angka ~. 2 berlainan drpd yg biasa; tidak sebagaimana biasa; aneh; pelik: Apabila otak seseorang itu tidak sihat, kelakuannya menjadi ~. mengganjilkan 1 menjadikan ganjil atau tidak genap: Bilangan ahli jawatankuasa yg sepuluh orang itu hendaklah diganjilkan. 2 menimbulkan anggapan ganjil; menganehkan; memelikkan: Pakaiannya ~, orangnya tidak. keganjilan keadaan ganjil; keanehan; kepelikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil;